Mutiara Bonda (Fiza&Fidzah)

Post on 10-Jul-2016

240 views 3 download

description

Kajian tentang budaya material dan budaya bukan material berdasarkan teks komsas

Transcript of Mutiara Bonda (Fiza&Fidzah)

MUTIARA BONDASiti Hajar Mohd. Zaki

IPG KAMPUS KOTA BHARUPISMP AMBILAN JAN 2013BM 1 (SK) SEM 7

BMM3142 KEBUDAYAAN MELAYU

NAMA PENSYARAH :TUAN HAJI AMINUDDIN B. MAMAT

DISEDIAKAN OLEH :RAFIZA BINTI DARUSNURUL HAFIDZAH BINTI ABD HALIM

KOMSAS

TINGKATAN

3

PENGENALAN BUDAYA

Definisi Budaya

Kamus Dewan (2005) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Menurut Kamus Da Lu Ban Ci Yuan (1989) dalam Goh Song Seong (t.t), budaya didefinisikan sebagai kesemua khazanah material dan spiritual yang dibentuk melalui proses pembangunan sejarah sosial manusia dan juga merujuk pada corak minda masyarakat.

Budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Menurut Dictionary of Anthropology (1970) pula, budaya sebagai kesemua yang diturunkan secara bukan ideologi dan bersifat sosial ke dalam sesuatu masyarakat, termasuklah seni, sosial, ideologi, dan corak perlakuan agama serta teknik-teknik untuk menguasai persekitaran.

Vermeer (1987) dalam Goh Sang Seong (t.t), mengatakan budaya dilihat sebagai seluruh proses pembentukan norma dan adat resam yang perlu diketahui oleh individu yang merupakan anggota masyarakat itu agar individu tersebut berkelakuan seperti orang lain atau dapat dibezakan daripada orang lain.

SINOPSIS CERPEN

Mohd. Harraz (adik) ialah ‘mutiara bonda’. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang, diasuh untuk menjadi seorang yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis semasa serbuan polis di sebuah pondok yang menjadi tempat menghisap ganja.

Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara, bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya, impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz tercapai, begitu juga dengan wasiat ayahnya.

i. BUDAYA MATERIAL

Definisi Kebudayaan Material

Kebudayaan Material adalah semua benda dan alat kerja yang

dihasilkan oleh teknologi. Kebudayaan material dapat dikatakan

sebagai wujud dari kebudayaan yang bersifat abstrak, yang memberi

pengertian dan nilai kepada benda-benda material sebagai hasil usaha

dan kerja manusia yang dilakukan secara sedar dan bertujuan.

Teknologi merupakan unsur budaya yang sangat penting sebab

perubahan teknologi akan memengaruhi unsur kebudayaan lain. 

a. BUDAYA MATERIALyang terdapat di dalam cerpen

Budaya Material

1.

Sekolah Agama

2. Pakaian

3.

Surat

4. Bendera

Putih

5.

Pondok

6.

Al-Quran

7.

Masjid

1. Sekolah Agama

Contoh situasi dalam cerpen:

Ada pendaman impian yang tersimpan di atma bonda. Bonda berhajat menghantar adik ke sekolah agama setelah adik menamatkan sekolah rendahnya.

(Mutiara Bonda, 2006, hal. 67)

Sekolah agama merupakan institusi pendidikan agama yang didirikan bagi menerap nilai agama dalam diri remaja.

Anak-anak muda akan dipandang tinggi jika mereka bersekolah di sekolah agama sejak zaman dahulu lagi.

Hal ini kerana sekolah agama menekankan nilai-nilai agama Islam yang kukuh dan mengelakkan mereka terjebak dalam masalah sosial.

Huraian

2. Pakaian

Contoh situasi dalam cerpen:

Adik yang seronyeh berseluar jean dan terkinja-kinja mendengar radio bertukar kepada adik yang berjubah dan berkopiah sambil membaca al-Quran.

(Mutiara Bonda, 2006, hal. 67)

Pakaian merupakan budaya material yang menjadi ikutan dari masa ke masa.

Dalam situasi ini, bonda membayangkan adik memakai jubah dan kopiah setelah insaf.

Budaya ini diwarisi oleh masyarakat yang mendalami ilmu agama Islam seperti seorang tahfiz, ustaz dan sebagainya.

3. Surat

Contoh situasi dalam cerpen:

Kak Ngah pula berjela-jela menulis surat buat adik.

(Mutiara Bonda, 2006, hal. 67)

Surat digunakan untuk tujuan menyampaikan maklumat atau pesanan daripada seseorang individu kepada individu yang lain.

Kini, surat tidak rasmi jarang digunapakai kerana kewujudan teknologi yang canggih seperti telefon, emel dan sebagainya.

4. Bendera Putih

Contoh situasi dalam cerpen:

“Percayalah suatu hari nanti adik akan berubah, Cik.” Bonda menyuakan harapan setelah melihat saya hampir menaikkan bendera putih.

(Mutiara Bonda, 2006, hal. 69)

Bendera putih ialah simpulan bahasa yang bermaksud serah diri atau mengaku kalah dalam sesuatu peperangan atau perlawanan.

Dalam situasi ini, Kak Cik hampir berputus asa dalam mengatakan tentang perubahan sikap adik.

Simbol ”bendera putih” digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk menunjukkan kekalahan atau hampir berputus asa.

Huraian

5. Pondok

Contoh situasi dalam cerpen:

“Adik, bonda nak beritahu sesuatu kepada adik. Semalam polis telah menyerbu pondok di dusun itu. Mereka menghisap ganja rupa-rupanya”

(Mutiara Bonda, 2006, hal. 71)

Pondok digunakan sebagai tempat untuk berehat suatu ketika dahulu begitu juga pada zaman sekarang.

Pondok dalam situasi ini dijadikan tempat untuk anak-anak muda melakukan perkara yang tidak elok.

6. Al-Quran

Contoh situasi dalam cerpen:

Selepas itu, adik memohon ke Institut Tahfiz Al-Quran pula. Bertahun-tahun dunia adik hanya bertemankan al-Quran.

(Mutiara Bonda, 2006, hal. 71)

Al-Quran ialah mukjizat agung yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah.

Membaca al-Quran adalah menjadi satu kewajipan bagi umat Islam untuk memperoleh pahala yang berlipat kali ganda.

Membaca al-Quran dijadikan amalan oleh semua umat Islam dari dahulu sehingga sekarang.

7. Masjid

Contoh situasi dalam cerpen:

Adik pernah mengimami sembahyang tarawih di masjid kampung.

(Mutiara Bonda, 2006, hal. 71)

Masjid merupakan tempat ibadat bagi masyarakat yang beragama Islam.

Masyarakat yang beragama Islam menunaikan solat di masjid berdekatan dengan tempat tinggal masing-masing.

Kini, masjid juga dijadikan sebagai tempat menimba ilmu dan tempat mengeratkan hubungan sesama agama Islam dengan program-program dakwah yang dianjurkan oleh jawatankuasa setiap masjid.

ii. BUDAYA BUKAN MATERIAL

Budaya bukan material ialah unsur yang tidak wujud secara fizikal (no physical existence), misalnya adat, kepercayaan, bahasa, dan nilai.

Modul BMM3142 (2008), adat istiadat ialah sistem nilai yang berhubung dengan cara berfikir, pegangan hidup serta amalan sesuatu masyarakat.

Adat merupakan peraturan

turun-temurun

Kebiasaan

Adat

Peraturan

Istiadat pula ialah cara-cara atau peraturan untuk melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan atau resam.

Tingkah laku yang diterima

oleh masyarakatKebiasaan yang diterima secara

bersama-sama oleh masyarakat

a. BUDAYA BUKAN MATERIALyang terdapat di dalam cerpen

Gambar 1

Gambar 2

“Nilai kasih-sayang”

a(i). ASPEK NILAI

Terasa lagi berpiuh-piuh bonda melentur adik. Itu susur galur kepayahan yang sudah berlalu lebih 10 tahun lampau. Adik hero tunggal dalam keluarga. Pastinya sayang kami sekeluarga kepadanya melangit tinggi. Tercalar macam mana pun gelagat adik, kami tangani sahaja dengan sabar.

(Mutiara Bonda, 2006, hal. 64)

1. KASIH SAYANG

Hubungan kasih-sayang antara ahli keluarga terutamanya kasih sayang ibu kepada anaknya menjadi asas pembentukan sebuah keluarga yang

bahagia dan harmoni.

Saya tidak suka dengan kelembutan bonda terhadap adik. Walaupun adik sudah hilang rasa hormat, bonda masih berlembut dan tidak jemu-jemu menasihatinya. Memang dari kecil adik tidak pernah dicubit, tidak pernah ditengking, apatah lagi dirotan. Oleh sebab itu, perangainya begitu nakal.

(Mutiara Bonda, 2006, hal. 64)

2. KESABARAN

Sikap sabar dalam mendidik dan menasihati anak-anak untuk menjadi insan berguna adalah cara yang lebih baik jika dibandingkan dengan

didikan berbentuk dendaan fizikal.

Pagi-pagi hendak ke taski, bertalu-talu pemandu van bingit membunyikan hon. Dia kerap merungut bosan dengan kelewatan adik. Malah, kadang-kadang pernah pemandu van itu tolong angkatkan adik masuk ke dalam van. Lihatlah, begitu sukarnya untuk menyekolahkan adik! Malu betul pada jiran. Seolah-olah bonda tidak pandai mendidik anak!

(Mutiara Bonda, 2006, hal. 65)

3. MENEPATI MASA

Masa yang tidak dijaga menjadikan manusia hidup dalam kerugian. Sesaat yang berlalu, adalah lebih jauh daripada 100 hari yang belum tiba. Betapa

pentingnya manusia yang menghargai kehidupan dan sensitif dengan masa.

Adik tidak sedar akan kelukaan yang pernah mendarah dan mendaging di hati bonda. Kasihan melihat bonda bersengkang mata menjahit baju upahan, dari sejak bertaburannya bintang-bintang, hinggalah riuh kokokan ayam. Adik, tidak pernah membantu bonda menjengah ke bendang bergelumang selut. Menoreh getah dalam gelita pagi.

(Mutiara Bonda, 2006, hal. 65)

4. MENGHARGAI JASA

Masyarakat memandang tinggi terhadap anak-anak yang mampu menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka yang berpenat-lelah

membesarkan mereka menjadi insan yang berguna.

a(ii). ASPEK BAHASA

Adik akan mengamuk kalau permintaannya diabaikan. Kalau mengamuk, habis barang dalam rumah dibalingnya. Berpantul-pantul kalimah mengarut keluar daripada mulut mongelnya. Saya tahu, kerana terlebih berkawanlah adik terlebih cekap menyumpah. Berang adik hanya akan reda tatkala kehendaknya dituruti.

(Mutiara Bonda, 2006, hal. 64)

1. MENYUMPAH

Budaya sumpah-menyumpah dan keji-mengeji antara satu sama lain sudah tidak asing lagi dalam masyarakat di Malaysia apabila nafsu amarah

menguasai fikiran individu ketika berlakunya sesuatu perselisihan pendapat.

Ujar bonda, ayat-ayat belati menyukarkan proses mengacuankan adik. Ujar bonda lagi, sifat seseorang tersembunyi di sebalik lidahnya. Jadi, hormatilah perkataan sendiri kerana di situlah letaknya penghormatan orang kepada kita.

(Mutiara Bonda, 2006, hal. 66)

2. SANTUN

Aspek kesantunan ketika berbahasa menjadi suatu budaya yang dapat mencerminkan keperibadian seseorang ketika berbicara. Individu yang

menitikberatkan kesantunan berbahasa akan dihormati oleh masyarakat.

“Hoi…Kak Cik apa tahu? Orang dah malas nak belajarlah. Malas. Tak fahamkah? Lagipun, kilang kan banyak? Susah apa?” jerkah adik biadab.

(Mutiara Bonda, 2006, hal. 67)

3. NADA SUARA

Adab menghormati orang yang lebih tua melalui penggunaan nada suara yang rendah dan santun ketika berbicara menjadi suatu amalan yang

sentiasa disanjung tinggi sama ada dalam kehidupan berkeluarga mahupun kehidupan bermasyarakat.

“Sumpah bonda! Adik tak pernah sentuh benda haram tu! Betul bonda. Percayalah.” Adik kalut-kalut memancung bicara bonda walaupun terpaksa menahan sakit.

(Mutiara Bonda, 2006, hal. 67)

4. ‘SUMPAH ’

Penggunaan perkataan ‘sumpah’ ketika berbicara tentang sesuatu hal menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat di Malaysia untuk meraih

kepercayaan.

a(iii). ASPEK KEPERCAYAAN

“Ah, peduli apa? Buat baik pun, orang tetap akan kata kita ni anak banduan. Orang kata, kalau ayah jahat, anak pun mesti jahat. Kak Cik jangan nak tunjuk baik sangat. Kita berayahkan seorang banduan.”

(Mutiara Bonda, 2006, hal. 68)

i. PERSPEKTIF MASYARAKAT

Kepercayaan masyarakat terhadap konsep ‘bapa borek, anak rintik’ membuatkan anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang bermasalah akan

turut dikaitkan dengan masalah tersebut sedangkan tingkah-laku anak-anak bukan dipengaruhi oleh faktor keturunan semata-mata bahkan faktor

persekitarannya juga.

a(iv). ASPEK KEAGAMAAN

Saya tahu bonda sanggup patah tongkat berjeremang. Bonda terus berdoa dan berdoa kepada Malikul Qudus atas segala kun-Nya. Bonda sanggup bernazar. Bonda amat yakin dan yakin.

Ustazah di sekolah pernah menyarankan saya agar membaca Surah As-Syahid sebanyak 319 kali untuk melembutkan hati saudara kita yang suka membangkang. Setiap kali selepas solat fardu, bonda mesti mengamalkannya…

(Mutiara Bonda, 2006, hal. 69)

i. DOA & NAZAR

Agama yang dianuti oleh setiap kaum mempunyai panduan cara hidup yang lengkap merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Kepercayaan seseorang

terhadap agama yang dianuti akan dapat dilihat apabila mereka mengamalkan apa yang dianjurkan oleh agama tersebut dalam kehidupan

seharian.

Bonda hanya menangis. Kadang-kadang bonda akan menyalahkan diri sendiri. “Bonda yang berdosa kerana tak pandai ajar anak.”

(Mutiara Bonda, 2006, hal. 64)

ii. DOSA- PAHALA

Percaya kepada dosa dan pahala juga akan membuatkan seseorang itu mempunyai garis panduan dalam melakukan sesuatu tindakan sama ada

memilih untuk berbuat jahat atau memilih untuk berbuat kebaikan. Kedua-dua tindakan ini akan menentukan ganjaran yang dapat dilihat di akhirat

kelak.

“Masa bonda mengandung tujuh bulan, ayah kamu meninggal dunia di penjara kerana sakit jantung. Sejak itu bonda asyik menangis dan menangis. Bonda amat buntu dan hampir gila jadinya. Malahan, bonda pernah cuba menggugurkan kandungan, tetapi dihalang oleh arwah atuk kamu. Agaknya…adik kamu jadi begitu kerana bonda tidak pernah tenteram masa mengandungkannya.”

(Mutiara Bonda, 2006, hal. 69)

iii. KIFARAH

Setiap masyarakat percaya bahawa sesuatu tindakan jahat yang dilakukan akan dibalas dengan setimpal. Sebagaimana agama Islam yang

menggunakan konsep kifarah yang bermaksud hukuman yang diberikan Allah sebagai balasan dan kesannya akan menghapuskan dosa jika dapat

bersabar dengan dugaan tersebut.

KESIMPULAN

Budaya material dan budaya bukan material sangat mempengaruhi kehidupan masyarakat

tanpa mengira kaum dan status sosial yang telah

diwarisi sejak turun-temurun.

Oleh sebab itu, generasi muda haruslah

menghargainya dengan apa cara sekalipun.

SEKIAN

“Hendaklah engkau tetap berbakti

kepadanya, kerana sesungguhnya

syurga itu di bawah kedua kakinya.”

HR. An. Nasa’i