7/27/2019 Bos Koperasi
1/90
1DIMENSIkoop
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
PENDAHULUAN
Perubahan adalah kata yang tidak dapat dielakkan dalam dunia perniagaan.
Pemenang masa kini mungkin kecundang pada masa depan sekiranya tiada
perubahan atau suntikan idea baru dalam perniagaan. Anak bawang di masa
lampau mungkin tumbuh sebagai raksasa di masa depan andai peka terhadappersekitaran perniagaan yang sering menuntut perubahan.
Bagi menunaikan tuntutan perubahan itu, hari ini orang mengutarakan tentang
konsep Blue Oceon Strategy dan meninggalkan Red Oceon Strategy. Walaupun
strategi ini belum diiktiraf sebagai strategi terbaik mengubah senario dunia perniagaan
tetapi apabila beberapa organisasi besar mula mengikutinya dan Malaysia sendiri
menjemput pencipta Blue Oceon Strategy iaitu Prof W Chan Kim untuk menghadiri
Langkawi International Dialogue 2007 (LID 2007) pada 5 hingga 8 Ogos 2007 bagi
berbincang isu global bersama-sama pemimpin-pemimpin dunia maka tentulah idea
tersebut merupakan suatu strategi pembangunan yang tidak boleh kita pandang
ringan dan pinggirkan pada abad ini.
Blue Oceon Strategy dan Red Oceon Strategy yang ada menterjemahkannya sebagai
Strategi Lautan Biru dan Strategi Lautan Merah telah diperkenalkan oleh W. Chan Kim
dan Renee Maunborg. Kedua-dua strategi ini mempunyai konsep yang berbeza dari
segi cara bertindak dan berfikir.
STRATEGI LAUTAN BIRU
Strategi Lautan Biru mengingatkan, selagi organisasi atau sesiapa terus mahu
bersaing di Lautan Merah dia mesti selalu ingat bahawa tiada sesiapa yang akan
kekal cemerlang! Keluarlah daripada lautan merah dan belayar ke suatu lautan yang
tidak perlu bersaing sebaliknya menjadikan pesaing tidak relevan.(Utusan Malaysia,
28 April 2007)
Lautan merujuk kepada pasaran ataupun industri. Lautan Biru adalah satu anologi
yang menggambarkan potensi ruang pasaran yang begitu besar yang belum
diterokai. Manakala strategi lautan biru merupakan satu pendekatan yang sistematik
STRATEGI LAUTAN BIRU : ANJAKAN
BARU DALAM KOPERASI
Oleh : Hazalinda Harun
Pusat Konsultasi Koperasi
7/27/2019 Bos Koperasi
2/90
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
2 DIMENSIkoop
untuk mencipta ruang pasaran yang tidak perlu bersaing sebaliknya menjadikan
pesaing tidak relevan. Berbeza dengan lautan merah iaitu merujuk kepada satu
pasaran yang di dalamnya penuh dengan persaingan dari individu atau industri
yang menghasilkan perkhidmatan dan produk yang sama.
PERBEZAAN STRATEGI LAUTAN MERAH DAN STRATEGI LAUTAN BIRU
Strategi Lautan Merah dan Strategi Lautan Biru berbeza dari cara bertindak dan
berfikir. Strategi Lautan Merah digambarkan sebagai industri yang telah didefinisikan
dan diterima ramai serta aturan-aturan permainan di dalamnya sudah diketahui
umum, yang mana individu dan industri akan bersaing di dalam ruang pasaran yang
sedia ada. Manakala Strategi Lautan Biru digambarkan sebagai ruang pasaran yang
belum dijelajahi. Strategi ini menjadikan pesaing tidak relevan.
Dalam Strategi Lautan Merah, individu dan industri sedaya upaya mengeksploitasikan
permintaan yang sedia ada. Sering kali strategi ini menghadapi masalah mengenai
persaingan dari pesaing-pesaing untuk merebut potensi yang ada. Dalam saat
memenangi saingan ini, sumber dan masa telah terbuang tanpa disedari. Manakala
di dalam Strategi Lautan Biru, individu dan industri yang berani berinovasi dan
berkreativiti akan mencipta permintaan baru walaupun tidak adanya jaminan
beroleh kejayaan. Strategi Lautan Biru ini digambarkan seperti lautan biru yang
luas terbentang, yang boleh kita terokai selagi kita sanggup berinovasi dan kreatif
mencuba sesuatu daripadanya.
NILAI INOVASI : ASAS STRATEGI LAUTAN BIRU
Asas bagi kejayaan pelaksanaan Strategi Lautan Biru dalam organisasi adalah apabila
sesebuah organisasi berjaya mencapai nilai inovasi. Ini terhasil apabila tindakan
organisasi secara positif mempengaruhi struktur kos yakni berjaya menurunkan
kos pengeluaran dan meningkatkan nilai pembeli secara serentak. Penurunan kos
dilakukan adalah dengan menghilangkan dan cuba mengurangkan faktor-faktor
yang menjadi punca persaingan dalam koperasi khususnya. Manakala nilai pembeli
ditingkatkan dengan menambah dan mencipta elemen-elemen baru yang belum
pernah ditawarkan dalam pasaran.
Rajah di atas menunjukkan pergerakan serentak di antara mencipta sesuatu yang barubagi meningkatkan nilai pembeli pada masa yang sama kos cuba dikurangkan.
Kos
Nilai
Pembeli
Nilai inovasi
... dalam
Strategi Lautan
Biru, individu
dan industriyang berani
berinovasi dan
berkreativiti
akan mencipta
permintaan
baru walaupun
tidak adanya
jaminan beroleh
kejayaan
7/27/2019 Bos Koperasi
3/90
3DIMENSIkoop
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
Dinamakan sebagai inovasi nilai kerana organisasi tidak akan fokus kepada
persaingan tetapi fokus menjadikan pesaingan itu tidak relevan. Untuk itu koperasi
perlu mencipta lonjakan dalam nilai pembeli dengan mencipta sesuatu yang baru
dalam ruang pasaran yang tidak bersaing
ENAM PRINSIP DALAM MENJAYAKAN STRATEGI LAUTAN BIRU
Enam prinsip yang disenaraikan oleh Strategi Lautan Biru yang boleh digunapakai
oleh koperasi untuk pelaksanaan Strategi Lautan Biru dalam koperasi:-
1. Membina semula sempadan pasaran (Reconstruct market boundaries)
2. Memberi tumpuan secara menyeluruh dan bukan hanya tertumpu kapada
angka sahaja (Focus on the big picture not the number)
3. Melangkaui permintaan yang sedia ada (Reach beyond existing demand)
4. Mendapatkan strategi yang tepat (Get the strategic sequence right)
5. Mengatasi rintangan organisasi (Overcome key organizational hurdles)
6. Membina perancangan di dalam strategi (Build execution into strategy)
SEJAUH MANA BIRUNYA LAUTAN KOPERASI ANDA: SATU PERSOALAN
Cuba individu dan industri yang terlibat secara langsung dengan koperasi merenung
sejenak dan cuba megenal pasti kedudukan koperasi masing-masing di lautan
biru atau di lautan merah. Mungkin persoalan-persoalan berikut membantu untuk
mengungkai persoalan tersebut.
Adakah koperasi anda menghadapi persaingan yang tinggi dari pesaing
domestik dan antarabangsa?
Adakah wakil jualan di koperasi anda bersetuju bahawa mereka perlu memberi
harga yang betul-betul rendah untuk mencipta permintaan?
Adakah anda merasakan anda perlu membuat pengiklanan untuk menarik
perhatian pembeli?
Adakah koperasi anda lebih memberi tumpuan kepada mengurangkan
kos, mengawal kualiti dan pengurusan penjenamaan untuk meningkatkan
pertumbuhan koperasi?
Adakah anda menyalahkan pertumbuhan yang perlahan dalam pasaran?
Senaraikan faktor anda bersaing dan senaraikan jumlah pesaing anda.
Adakah jumlahnya sama.
Sekiranya kebanyakan jawapan bagi persoalan di atas adalah Ya, ini bermakna
koperasi anda sekarang terperangkap dalam Lautan Merah. Strategi Lautan Biru
menunjukkan jalan untuk anda berenang keluar dari Lautan Merah itu dengan
menyediakan teori-teori, alat-alat dan rangka kerja untuk membenarkan koperasi
anda lari dari persaingan dan mencipta ruang pasaran baru.
7/27/2019 Bos Koperasi
4/90
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
4 DIMENSIkoop
PERSOALAN DAN ISU
Membawa kepada skop yang lebih khusus, bagaimana kita harus menerapkan konsep
dan idea baru ini di dalam sektor koperasi yang telah melalui pelbagai fasa dalam
gerakannya. Koperasi telah lama bertapak di Malaysia bermula pada 28 Jun 1922 dan
ini bermakna sehingga kini hampir 86 tahun kewujudannya di Malaysia. Persoalannya
dalam tempoh yang begitu lama kewujudannya, mampukah prestasi sektor koperasi
di Malaysia ini dibanggakan? Mampukah koperasi-koperasi di Malaysia menunaikan
tuntutan perubahan yang akan meletakkannya sebaris dengan organisasi-organisasi
besar yang berjaya di Malaysia?
Melihat dari sudut koperasi di Malaysia misalnya sehingga 31 Disember 2007 bilangan
koperasi di Malaysia telah mencecah 5,170 buah, 3188 daripadanya menjalankan
aktiviti pengguna (SKM 2008). Aktiviti koperasi berasaskan pengguna sering dihujani
dengan pelbagai isu. Produk keluaran koperasi dilihat sukar dipasarkan menembusi
pasaran sedangkan produk-produk ini adalah berkualiti dan sudah lama bertapak
di pasaran. Produk ini masih tidak dapat berkembang ke peringkat yang lebih tinggi
khususnya menembusi pasaraya-pasaraya besar. Selain isu pembungkusan yang
tidak menarik atau kerana label yang tidak dilihat memiliki nilai-nilai komersial juga
sering menjadi isu dalam pemasaran produk koperasi. Punca sebenarnya masalah
ini adalah produk koperasi tidak mampu bersaing.
PANDANGAN DAN CADANGAN
Seandainya Y. Bhg. Tan Sri Dato Dr Nordin Kardi yang merupakan Naib Cancelor
Universiti Utara Malaysia melihat Strategi Lautan Biru dari perspektif Institusi Pengajian
Tinggi Awam, saya cuba melihat Strategi Lautan Biru ini dari perspektif koperasi di
Malaysia . Terkandung di dalam artikel yang ditulis di dalam Utusan Malaysia bertarikh
28 April 2007, Y. Bhg. Tan Sri Dato Dr Nordin Kardi telah mempersoalkan keperluan
universiti awam di Malaysia bersaing sesama sendiri. Persoalan seperti ranking sering
ditimbul dan dibesarkan.
Sama dengan situasi koperasi , persoalan ranking sering diperbesarkan misalnya
dalam Utusan Malaysia 21 Julai 2008 baru-baru ini terpapar berita berkenaan dengan
100 koperasi terbaik di Malaysia yang dinilai berdasarkan perolehan koperasi. Antara
koperasi-koperasi hebat yang tersenarai ialah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
Berhad (Bank Rakyat), Koperasi Permodalan Felda Berhad, Koperasi Peserta-peserta
Felcra Berhad, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, Koperasi Tunas Muda
Sungai Ara Berhad dan diikuti oleh 95 lagi koperasi terbaik.
Jadi bagaimana dengan koperasi yang tidak tersenarai? Jelaslah koperasi-koperasi
ini sedang bertarung di Lautan Merah. Bagi yang menang ia akan tersenarai dalam
senarai koperasi-koperasi terbaik dan bagi yang tidak berjaya terpaksa bertarung
semula dalam Lautan Merah. Oleh itu ekonomi menunjukkan bahawa tuntutan dalam
7/27/2019 Bos Koperasi
5/90
5DIMENSIkoop
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
Lautan Biru semakin meningkat. Ada keyakinan umum menyatakan bahawa koperasi
yang cuba bergerak melampaui industri yang sedia ada akan menghadapi risiko.
Sudah pasti setiap strategi pasti berisiko. Strategi akan selalu melibatkan peluang dan
risiko, sama ada inisiatif Lautan Biru ataupun inisiatif Lautan Merah. Hanya mereka
yang berilmu dan memiliki kemerdekaan diri dari segi minda dan jiwa serta berani
mencuba akan mampu mengharunginya.
Kita sedia maklum, Lautan Merah akan tetap menjadi pilihan dan mendominasi
agenda strategi koperasi walaupun tuntutan untuk mencipta Lautan Biru makin
mendesak, ini kerana usahawan kita khususnya usahawan koperasi sudah sebati
dengan semangat untuk bersaing, semangat untuk menang sedangkan seandainya
koperasi-koperasi ini berani memasuki satu industri yang di dalamnya tiada pesaing
ganjaran yang diterima akan lebih besar dan lumayan.
Sesungguhnya bukan mudah untuk mengubah aturan permainan. Artikel Belayar di
Samudera Biru yang ditulis Dato Sri Hj. Abd Rahman bin Abd. Hamid Ketua Pengarah
Kastam pada 18 November 2007 mengatakan Pemikiran yang jumud, ragu-ragu,
tidak yakin serta kemiskinan usaha dan idea tidak membolehkan kita belayar di
peringkat global.... Sebaliknya kita sepatutnya telah memiliki kemerdekaan diri
pada perasaan negatif yang mengikat dan membelenggu kita daripada melangkah
ke hadapan tanpa adanya perasaan buruk sangka terhadap sesuatu yang belum
dicuba. Perasaan negatif yang wujud pada fikiran dan jiwa yang jumud adalah
merupakan penjajahan diri yang boleh menyekat potensi diri yang boleh dicapai
seseorang.
Para usahawan koperasi patut merasa bertuah kerana dapat melihat contoh-contoh
usahawan dalam dan luar negara yang telah berjaya melaksanakan Strategi Lautan
Biru dalam operasi syarikat mereka. Misalnya dalam penciptaan mesin pendua.
Mesin pendua pada mulanya dihasilkan oleh syarikat Xerox iaitu dalam saiz yang
begitu besar. Canon telah melihat sesuatu yang baru dan mengambil peluang yang
tidak dilihat oleh Syarikat Xerox iaitu dengan mencipta mesin pendua yang lebih kecil
dan fleksibel. Langkah itu menyebabkan dunia pada masa itu menyaksikan kejayaan
Syarikat Canon menjadi pengeluar mesin pendua termasyur di dunia. Syarikat Canon
telah berjaya melaksanakan Strategi Lautan Biru dengan cuba melampau industri
yang sedia ada.
Terdapat banyak lagi pelaksanaan Strategi Lautan Biru yang telah berjaya misalnya
Sony yang mencipta Walkman setelah membuat kajian tentang tabiat remaja
mendengar muzik, Avon dan Amway yang berjaya mencipta paradigma baru
dengan menjual barang-barang kosmetik di rumah. Syarikat penerbangan Air Asia
yang merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang mempunyai tagline
Now Everyone Can Fly telah mengurangkan kos pengeluaran dengan tidak memberi
perkhidmatan tambahan seperti makanan dan minuman tetapi telah meningkatkan
nilai pembeli dengan menawarkan tiket-tiket penerbangan yang murah dan telah
Hanya mereka
yang berilmu
dan memiliki
kemerdekaan
diri dari segi
minda dan jiwa
serta berani
mencuba
akan mampu
7/27/2019 Bos Koperasi
6/90
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
6 DIMENSIkoop
memberi peluang kepada setiap individu dari pelbagai taraf hidup mengguna
perkhidmatannya. Dengan pelaksanaan strategi tersebut Air Asia telah mendapat
inovasi nilai yang merupakan satu kejayaan dalam Strategi Lautan Biru.
Sektor koperasi di Malaysia boleh menjadikan kejayaan-kejayaan tersebut sebagai
inspirasi tambahan pula kini banyak peluang yang telah dibuka kepada sektor koperasi
khususnya usahawan koperasi. Koperasi boleh beralih kepada penerokaan dalam
bidang-bidang baru yang digalakkan oleh kerajaan selain berpotensi besar untuk
menyumbang kepada pertumbuhan lebih kukuh seperti bioteknologi, industri herba,
automatif, perkhidmatan teknologi maklumat, industri makanan halal, biokomposit,
perkapalan, perabot dan pembuatan melalui program vendor dengan kerjasama
syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat gergasi multimedia.
Koperasi-koperasi di Malaysia boleh beralih kepada industri makanan halal yang kini
mula mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Mengapa tidak sesama koperasi
bekerjasama menjalankan perniagaan secara peruncitan secara besar-besaran
seperti yang dilakukan oleh syarikat peruncitan 7 Eleven. Produk yang dipasarkan
adalah produk halal yang dikeluarkan oleh gabungan koperasi yang bekerjasama.
Produk yang dihasilkan mestilah menyeluruh dari dalam peti ais hinggalah di atas rak-
rak koperasi. Jadikan kedai koperasi ini one stop centre untuk masyarakat sekeliling.
Bagi melancarkan lagi perjalanan kedai koperasi ini, koperasi yang bekerjasama
mestilah menubuhkan satu badan induk yang mengawal selia aktiviti kedai koperasi
tersebut. Masalah yang mungkin dihadapi oleh koperasi adalah untuk mendapatkan
modal yang besar untuk memulakan perniagaan peruncitan ini. Di sini perananagensi-agensi kerajaan diperlukan untuk merealisasikan usaha tersebut.
Bagi menyokong koperasi melangkah di dalam Strategi Lautan Biru ini juga, kerjasama
dengan agensi-agensi kerajaan seperti MARDI, FAMA, SIRIM dan Lembaga Koko
Malaysia dalam bidang penyelidikan dan pembangunan juga perlu dipertingkatkan
bagi membantu koperasi meningkatkan kualiti dan mutu produk serta berpeluang
untuk mengkomersialkan produk koperasi hasil inovasi dan kreativiti tadi. Bagi
mencapai hasrat ini juga kerjasama juga boleh dilaksanakan bersama-sama sektor
swasta. Gabungan kekuatan yang ada pada sektor koperasi dari segi modal, saiz
pasaran yang luas dan jumlah keanggotaan yang besar dipadankan dengan
kepakaran dan pengalaman usahawan menguruskan perniagaan yang dimiliki
oleh sektor swasta merupakan elemen penting bagi menjayakan transformasi ini. Ia
akhirnya dapat meningkatkan dan mengembangkan lagi perniagaan koperasi hasil
daripada melangkah ke lautan biru dengan bantuan agensi kerajaan dan swasta.
PENUTUP
Dengan pengalaman melalui pelbagai fasa, gerakan koperasi sepatutnya sudah yakin
dan menaruh impian untuk menerokai potensi baru dan menyahut cabaran yang
7/27/2019 Bos Koperasi
7/90
7DIMENSIkoop
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
lebih besar dalam persekitaran yang penuh dengan potensi baru untuk menjadikan
koperasi lebih dihormati.
Strategi Lautan Biru hanya satu kaedah untuk menggerak dan memajukan koperasi.
Strategi ini dipandang mempunyai peranan besar dalam ekonomi global, namun
untuk dipandang begitu hebat individu yang terlibat secara langsung dengan koperasi
mesti berpandangan terbuka, mempunyai cara berfikir yang baru, menyediakan diri
dengan kekuatan dan peralatan yang rapi dan yang paling penting sentiasa bersedia
berinovasi dan kreatif untuk mencari alternatif baru bagi menangani cabaran yang
lebih hebat pada hari-hari yang akan datang.
RUJUKAN
W. Chan Kim & Mauborgne, R. (2005). Blue ocean strategy : How to create uncontested
market space and make the competition irrelevant. Boston: Harvard Business
School Press.
Mohamed Khaled Nordin, Dato Seri. (2007). Keusahawanan dasar, pembangunan
dan pembudayaan. Putrajaya: Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi.
Mohd Rosli Mohamad. (2000).Industri kecil dan sederhana : Landasan pembangunan
usahawan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Idris Ismail & Mohd Safaai Said. (2003).Pengenalan koperasi.Kuala Lumpur: Utusan
Publications.
Abd Rahman B. Abd. Hamid, Dato Sri Hj. (2007). Belayar di samudera biru. Dipetik
pada www. Customskedah.gov.my
Berita Harian, 31 Disember 2007
Utusan Malaysia 28 April 2007
Cooperation
Coming together is a beginning; keeping together is progress; working together is
success.
- Henry Ford (1863-1947)
7/27/2019 Bos Koperasi
8/90
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
8 DIMENSIkoop
REVOLUSI MINDA : KE ARAH MENJANAUSAHAWAN KOPERASI BERWAWASAN
Oleh : Christopher John BaptistMaktab Kerjasama Malaysia
Cawangan Sabah
PENGENALAN
Malaysia hari ini telah melalui banyak perubahan. Bentuk perubahan yang telah
dialami bukan sahaja bersifat fizikal malah meliputi pelbagai aspek seperti ekonomi,
politik, sosial, sains dan teknologi serta lain-lain lagi. Kadang-kala perubahan perlu
dilaksanakan agar negara tidak ketinggalan dalam arus perdana di pentasantarabangsa. Globalisasi misalnya merubah pelbagai aspek dan komponen dalam
sesebuah negara. Bagi golongan usahawan, globalisasi sememangnya memberi
banyak peluang. Namun begitu, tidak kurang juga cabarannya yang perlu dihadapi.
Pedagang asing memasuki pasaran Malaysia tanpa lagi sekatan seperti lazimnya.
Maka, berlakulah persaingan dalam dunia perniagaan di Malaysia.
Para usahawan di negara ini pula perlulah melihat kembali kedudukan dan keupayaan
mereka kerana peraturan perdagangan sejagat sudah berubah. Usahawan
perlu melakukan perubahan atau transformasi bagi meneruskan kelangsungan
perniagaan mereka. Bukan saja perubahan dari segi luaran tetapi usahawan juga
perlu memantapkan diri dengan pelbagai ilmu agar dapat merevolusikan minda
mereka. Minda yang melalui proses revolusi secara berterusan akan mampu menjadi
senjata untuk mengatasi berbagai-bagai masalah dan mengilhamkan pemikiran baru
serta idea yang kreatif. Firma-firma di negara maju mencapai kemajuan ekonomi
dan teknologi yang tinggi kerana mereka berusaha melahirkan idea dan penciptaan
terbaru untuk kepentingan masyarakat umum. Justeru itu, para usahawan di Malaysia
perlulah melakukan revolusi minda atau perubahan pemikiran secepat yang mungkin
agar dapat mengecapi kejayaan yang seiring dengan negara maju.
PENGERTIAN REVOLUSI MINDA
Secara umumnya, revolusi bermaksud perubahan yang menyeluruh dan mendadak
terutamanya berhubung dengan cara berfikir dan bertindak. Revolusi dalam erti kata
yang luas adalah perubahan yang besar dan radikal yang berlaku kepada sesuatu.
Manakala minda pula diertikan dengan mental, akal fikiran atau daya berfikir. Dalam
pengertian mudah, revolusi minda adalah perubahan ke atas daya pemikiran
yang akan menghasilkan tindakan dan seterusnya melakukan perubahan secara
menyeluruh dalam semua aspek. Revolusi minda atau mental juga bertujuan merubahdan menjadikan bangsa dan masyarakat kita dinamik, bercita-cita tinggi dan giat
7/27/2019 Bos Koperasi
9/90
9DIMENSIkoop
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
bersaing membangun dan merebut kemajuan dalam segala bidang kehidupan di
negara sendiri dan dalam arena global. Segala cara berfikir, sikap dan pandangan
yang menghalang atau menyulitkan tercapainya cita-cita ini harus diubah.
Ini seperti apa yang dikarangkan oleh Senu (1971) dalam bukunya bertajuk Revolusi
Mental iaitu Revolusi mental adalah bertujuan merubah cara berfikir, pandangan
dan sikap masyarakat bagi menyesuaikan diri dengan kehendak semasa untuk
mendorong mereka lebih giat lagi bagi merebut kemajuan dalam segala bidang
kehidupan. Sekiranya perubahan benar-benar mahu dilaksanakan, maka perubahan
itu hendaklah berupa perubahan cara pemikiran seseorang kerana perubahan
pemikiran inilah saja yang akan dapat melahirkan perubahan lain yang dikehendaki
dalam masyarakat Malaysia seluruhnya, dan yang sesuai dengan keadaan yang ada
di sekeliling kita pada hari ini.
Revolusi minda juga merupakan suatu gerakan perubahan yang merangsang
setiap lapisan masyarakat untuk membuat perubahan dalam diri mereka. Minda
adalah satu-satunya tenaga penggerak yang menentukan segala sikap dan gerak-
geri seseorang. Perubahan minda perlulah secara dinamik serta seiring dengan
perubahan konsep nilai sekeliling. Ini akan membawa perubahan dalam masyarakat
dengan cepat. Ibnu Khaldun seorang ahli fikir Islam dalam bukunya Mukadimah
membincangkan dengan panjang lebar peranan tentang perubahan berlaku yang
menyebabkan jatuh bangunnya sesebuah dinasti. Beliau menyatakan sesebuah
dinasti itu mampu bertahan selagi pemerintah dan anaknya masih hidup. Namun,
dinasti akan menjadi lemah semasa pemerintahan cucunya malah tidak akan sampaikepada pemerintahan cicitnya. Keadaan ini berlaku kerana perubahan perlulah
disesuaikan dengan semasa dalam semua bentuk sama ada minda, sikap, jiwa dan
lain-lain lagi.
CIRI-CIRI REVOLUSI MINDA
Mengikut pendapat Arnold Toynbee, pakar sejarah Inggeris yang terkenal pada
abad ke-20 dalam bukunya bertajukA Study of History. Beliau menyatakan bahawa
lahirnya ketamadunan di kalangan manusia bukan semata-mata kerana faktor
keturunan (biological factor) atau kerana faktor alam di sekelilingnya (environmental
factor) tetapi apa yang penting adalah disebabkan oleh kemampuan bangsa itu
menghadapi cabaran dan kesulitan tertentu yang mendorong mereka menggunakan
semaksimum mungkin tenaga dan usaha. Beliau dengan tegas menyatakan faktor
utama melahirkan sesuatu tamadun ialah kesanggupan menghadapi cabaran.
Pendapat Toynbee ini jelas menerangkan bahawa setiap bangsa walau di mana
pun akan dapat mencapai kemajuan tetapi dengan syaratnya sesuatu bangsa
itu mempunyai kesanggupan menghadapi pelbagai cabaran yang datang dari
keadaan sekeliling contohnya dari keadaan peperangan, desakan ekonomi dan
kejadian yang berlaku dari semasa ke semasa. Dalam cabaran ini sesuatu bangsa
Revolusi
mental adalah
bertujuan
merubah
cara berfikir,
pandangan
dan sikap
masyarakat
bagi
menyesuaikan
diri dengan
kehendak
semasa
7/27/2019 Bos Koperasi
10/90
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
10 DIMENSIkoop
perlulah berfikir, berusaha dan berikhtiar secara optimum dan bersungguh-sungguh
bagi menghadapinya. Toynbee juga berpendapat sekiranya tiada cabaran yang
sukar, masyarakat pula akan menjadi statik atau beku. Manakala, jika cabaran itu
secara sederhana dan ada segolongan kecil yang kreatif dalam masyarakat itu,
masyarakat tersebut akan maju di bawah pimpinan golongan kecil tadi.
Ternyata di sini bahawa revolusi minda merupakan suatu perjuangan hidup atau
matinya sesuatu bangsa. Memang tidak mustahil sekiranya Malaysia pada suatu
masa nanti akan hilang dari peta dunia jika masyarakatnya masih belum atau tidak
mahu mengubah cara pemikiran mereka. Perjuangan merubah pemikiran perlu
diusahakan secara bersama kerana cara pemikiran seseorang itu bergantung besar
kepada keadaan masyarakatnya. Rousseou pernah menyatakan, manusia tidak
dapat mencipta kekuatan baru dan tidak ada jalan lain untuk menyelamatkan
mereka selain dengan bekerjasama bagi mewujudkan satu kekuatan yang cukup
untuk mengatasi sesuatu rintangan. Mereka mestilah dapat melahirkan satu kekuatan
penggerak yang dapat bertindak secara bersama dan bersatu. Hakikatnya jangan
takut dan malu untuk mencontohi orang lain tentang sifat yang menyebabkan
mereka berjaya. Orang yang berjaya dalam dunia ini ialah orang yang berusaha
dan mempunyai inisiatif serta berkebolehan mempelajari dan mencapai kemahiran
dalam apa juga lapangan. Ini merupakan sifat yang mustahak dalam menentukan
kejayaan seseorang.
REVOLUSI MINDA USAHAWAN KOPERASI
Gerakan koperasi kini telah melibatkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan.
Pelbagai perubahan dilaksanakan bagi memantapkan koperasi di Malaysia.
Rombakan dalam pentadbiran Kerajaan pada tahun 2004 yang meletakkan gerakan
koperasi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD)
turut merubah strategi koperasi. Konsep keusahawanan cuba diterapkan kepada
semua koperasi dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan melalui MeCD. Usaha
ini merupakan cara untuk memajukan dan melipat gandakan keuntungan koperasi.
Gerakan koperasi pula perlu menyemai konsep keusahawanan kepada para
anggotanya. Ini bertujuan supaya anggota koperasi mempunyai pemikiran, sikap dan
semangat keusahawanan yang akan turut sama memajukan perniagaan koperasi.
Apa yang lebih membanggakan lagi sekiranya koperasi dapat menghasilkan anggota
sebagai seorang usahawan.
Usahawan ialah perintis kepada kejayaan aktiviti perniagaan. Mereka mengesan
dan merebut peluang di samping memasarkan produk baru atau menambahkan
nilai sesuatu produk. Istilah usahawan berasal daripada bahasa Perancis, iaitu
entreprendre yang membawa maksud memikul (tugas) atau mencuba. Scarborough
dan Zimmer (1998) mendefinasikan usahawan sebagai orang yang mencipta
perniagaan baru dan berkeupayaan menghadapi keadaan yang tidak menentu
untuk memperoleh keuntungan dan pertumbuhan dengan mengenal pasti serta
7/27/2019 Bos Koperasi
11/90
11DIMENSIkoop
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
merebut peluang melalui penyediaan sumber untuk mencapainya. Usahawan
selalunya bermula hanya dengan idea yang mudah dan menyediakan sumber
yang perlu untuk melaksanakan idea tersebut melalui perniagaan yang sesuai.
Usahawan juga merupakan pemangkin kepada perubahan ekonomi dan kegiatan
keusahawanan mereka akan membawa dunia perniagaan ke hadapan. Perjuangan
mereka adalah penerokaan baru dan berhadapan dengan ketidaktentuan yang turut
menyumbang kepada penciptaan berterusan, yang seterusnya mencorakkan masa
hadapan. Kuratko dan Hpggetts (2007) pula menjelaskan keusahawanan sebagai
satu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi, iaitu individu, organisasi,
alam sekitar dan proses dengan kerjasama rangkaian dalam kerajaan, pendidikan
dan perlembagaan. Keusahawanan merupakan simbol kepada kelangsungan dan
pencapaian perniagaan.
Oleh yang demikian, anggota-anggota koperasi ini nanti merupakan pelapis
pemimpin yang akan mempertingkatkan kejayaan koperasi. Seseorang usahawan
koperasi akan berusaha untuk membantu koperasinya mencapai kemajuan yang
disegani dan dapat memenuhi keperluan ekonomi serta sosial anggota-anggotanya.
Anggota koperasi yang berjiwa usahawan akan sanggup menjalankan eksperimen,
mencari peluang serta menyahut cabaran yang mendatang. Usaha yang bergantung
penuh kepada diri sendiri, kebijaksanaan, kewarasan, berpandangan yang jauh dan
ketabahan hati merupakan teras semangat dan faktor bagi menjayakan sesebuah
koperasi.
Kejayaan sesebuah koperasi bukan dikira dari keuntungan wang sahaja. Gerakankoperasi mempunyai tanggungjawab dalam meningkatkan sosioekonomi
anggotanya. Maka kejayaan tersebut perlu dinilai dalam pelbagai bentuk. Terdapat
5 sifat yang perlu dalam minda seseorang usahawan koperasi yang mungkin dapat
memberi kepuasaan kepada anggota dan kejayaan kepada koperasi. Sifat ini akan
mempengaruhi sikap usahawan koperasi dalam melaksanakan perubahan dan juga
ketika menghadapi cabaran yang akan datang. Sifat dan sikap tersebut adalah
seperti jadual di bawah:
SIFAT
Merdeka(bebas)
PENGARUH KEPADA SIKAP
1. Sikap terhadap diri sendiri
2. Sikap terhadap kebenarandan kesalahan
3. Sikap terhadaptanggungjawab
4. Sikap terhadappengorbanan.
SIKAP YANG DIKEHENDAKI
1. Jujur, mahu mengkritik danmembaiki
2. Berani memperjuangkankebenaran dan menentangkesalahan
3. Mahu memikul tanggungjawabdan amanah
4. Mahu berkorban
Kejayaan
sesebuah
koperasi
bukan
dikira dari
keuntungan
wang
sahaja
7/27/2019 Bos Koperasi
12/90
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
12 DIMENSIkoop
ISU DAN CABARAN REVOLUSI MINDA KEPADA USAHAWAN KOPERASI
Individu yang mempunyai minda keusahawanan adalah seseorang yang mencari
peluang, mengambil risiko dan mempunyai kelangsungan untuk merealisasikan
idea tersebut. Minda keusahawanan ini akan menghasilkan revolusi dalam tatacara
pengurusan aktiviti perniagaan. Keusahawanan merangkumi sikap, kemahiran danpengetahuan. Pengkajian bidang keusahawanan telah merentasi pelbagai disiplin
ilmu, termasuklah perniagaan, ekonomi, psikologi dan sosiologi.
Pembudayaan keusahawanan adalah merupakan proses pembangunan sikap
dan personaliti usahawan agar cintakan kejayaan dan kecemerlangan dalam
setiap usaha yang dilakukan. Melalui proses pembudayaan ini akan membolehkan
usahawan bertindak selaras dengan tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan
daripada aktiviti yang dilakukan akan mendatangkan kesejahteraan kepada diri
sendiri dan masyarakat pada masa kini atau yang akan datang. Gerakan koperasijuga perlu bersungguh-sungguh dalam membudayakan keusahawanan ini kerana
kesan positifnya adalah besar.
Aman
Makmur
Adil
Terhormat
1. Sikap terhadap undang-undang
2. Sikap terhadap orang lain
3. Sikap terhadap kepentinganam
1. Sikap terhadap nasib
2. Sikap terhadap masalahhidup
3. Sikap terhadap kerja
4. Sikap terhadap cabaranhidup
5. Sikap terhadap harta
6. Sikap terhadap masa depan
7. Sikap terhadap ilmu sainsdan teknologi
1. Sikap terhadap tugas
2. Sikap terhadap manusia
1. Sikap terhadap moral
1. Patuh kepada undang-undang
2. Toleran
3. Gotong-royong
1. Mahu berikhtiar
2. (a) Mahu berfikiran rasional
(b) Mahu berdikari
3. (a) Rajin(b) Amanah, disiplin dan
menepati masa
4. Tabah hati dan inisiatif
5. (a) Mahu mencari(b) Jimat
6. (a) Panjang fikiran(b) Membuat rancangan
7. (a) Mementingkan lebihdaripada kajian arts.
(b) Mahu menggunakannyadalam pengeluaran
(c) Mahu mereka cipta
1. Menjaga moral dan beragama
7/27/2019 Bos Koperasi
13/90
13DIMENSIkoop
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
Revolusi minda menuntut agar setiap anggota koperasi yang ingin menjadi
usahawan mestilah bersiap sedia mengubah cara berfikir, sikap dan pandangan
yang menghalang tercapainya cita-cita koperasi di samping penerapan unsur-unsur
keusahawanan dalam koperasi. Penerapan ciri-ciri keusahawanan seperti komitmen,
keazaman dan ketabahan, dorongan untuk kejayaan, orientasi kepada peluang dan
matlamat, mengambil inisiatif dan tanggungjawab peribadi, membuat keputusan
yang berterusan, realistik, mencari dan mengunakan maklum balas, mempunyai
lokus kawalan dalaman, integriti dan boleh dipercayai turut ditekankan serta perlu
sentiasa diamalkan dalam koperasi. Revolusi minda turut juga menumpukan kepada
perkara memaksimumkan potensi diri, kejayaan berorientasikan keuntungan,
perancangan, menggunakan masa secara strategik, inovatif, meningkatkan mutu
kerja secara berterusan dan kesediaan untuk merebut peluang. Ini adalah supaya
gerakan koperasi di Malaysia melahirkan satu kekuatan penggerak yang dapat
bertindak secara bersama dan bersatu dalam menghadapi perubahan dunia seperti
globalisasi.
KESIMPULAN
Dalam memastikan revolusi minda ini dapat diamalkan, komitmen secara berterusan
perlu diberikan oleh semua pihak. Kesan positif dari revolusi minda ini bukan sahaja
kepada anggota koperasi bahkan kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya.
Apa yang paling penting ialah revolusi minda yang merubah pemikiran ini mustahil
akan mencapai kejayaan sekiranya tidak diusahakan bersama kerana ia bergantung
besar kepada keadaan masyarakatnya. Bagi usahawan koperasi, mereka bukan
hanya ghairah dalam mengejarkan kejayaan yang bersandaran matlamat
keuntungan sahaja, mereka sepatutnya tidak membelakangkan nilai-nilai dan prinsip
murni gerakan koperasi. Kejayaan koperasi perlu dinikmati oleh semua anggotanya
bukan sahaja berbentuk wang ringgit malah meliputi jasmani, rohani dan spritual.
RUJUKAN
Mohd Salleh A. Majid, Dato. (2003). Budaya usahawan. Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abd. Rahman bin Daud, Profesor Madya Dato Dr. (2008, Mei). Revolusi minda: Ke
arah menjana usahawan koperasi berwawasan. Kertas kerja dibentangkan dalam
Bicara Minda MKM, Petaling Jaya, Selangor
Senu Abdul Rahman. (1971). Revolusi mental. (Edisi Pertama 2002 dengan ejaan baru).
Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Ab.Aziz Yusof. (2000). Usahawan dan keusahawanan : Satu Penilaian. Petaling Jaya:
Prentice Hall.
Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Majlis Keusahawanan MahasiswaUniversiti-universiti Malaysia (MAKMUM). (2007). Asas Pembudayaan Keusahawanan
(Terbitan Pertama). Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
7/27/2019 Bos Koperasi
14/90
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
14 DIMENSIkoop
PENGENALAN
Transformasi. Itulah kata kunci yang diperlukan oleh gerakan koperasi. Peralihan
paradigma persekitaran menjadi agenda baru yang perlu dihadapi koperasi.
Pemimpin koperasi perlu peka dengan arus perubahan teknologi moden yang
semakin hebat. Persaingan semakin sengit dalam dunia perniagaan. Keupayaan,kredibiliti, kualiti dan kemampuan barisan pemimpin atau Anggota Lembaga Koperasi
(ALK) menjadi harapan kepada semua anggota. Tanggungjawab dan amanat yang
digalas oleh pucuk pimpinan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Kebijaksanaan
dan kemampuan pemimpin menjadi tunggak perancang utama dalam menjamin
kualiti pengurusan dan keupayaan sesebuah koperasi untuk terus bertahan. Oleh
itu, transformasi kepimpinan harus diwacanakan di dalam setiap barisan pemimpin
koperasi. Untuk menjadi pemimpin yang unggul, kesediaan menerima perubahan dan
membawa pembaharuan untuk koperasi perlu menjadi agenda utama dalam pucuk
pimpinan koperasi. Menurut Fred Fiedler & Martin Chemers yang dipetik daripada
artikel Dr. Dwi Suryanto (Pemimpin Unggul) Kualiti kepimpinan lebih daripada
faktor lainnya, menentukan sukses atau gagalnya sesebuah organisasi. Pemimpin
yang unggul haruslah memiliki prestasi puncak yang jelas, berkarismatik, serta sifat-
sifat kepimpinan yang boleh memberi kepercayaan kepada anggota dan barulah
kepimpinan transformasi dapat dijalankan dengan baik dan berkesan.
KEPIMPINAN TRANSFORMASI
Terdapat banyak kajian yang telah dibuat oleh penyelidik berkaitan dengan ciri-ciri
dan kriteria sebagai pemimpin unggul, perilaku kepimpinan, cara pemikiran kreatif
pemimpin yang berkualiti, kepimpinan yang efektif, pemimpin dari kaca mata Islam
dan sebagainya. Koperasi boleh jadikan panduan dengan menggunakan sumber
yang ada untuk membuat perubahan dalam pemilihan pucuk pimpinannya.
Pemilihan pemimpin yang tepat amatlah penting supaya tanggungjawab yang
diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh rasa ketelusan dan adil. Ini jelas dapat
dilihat dalam beberapa penemuan kajian seperti yang dirujuk daripada Bass dan
Avolio (1994), dipetik daripada artikel Dr. Dwi Suryanto (Pemimpin Unggul) terdapat 4
komponen perilaku kepimpinan transformasi iaitu Idealized Influence, Individualized
Consideration, Inspirational Motivation dan Intellectual Stimulation.
TRANSFORMASI : KUALITI PEMIMPIN UNGGUL
Oleh : Norhazilina Abdul Halim
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Penerbitan
7/27/2019 Bos Koperasi
15/90
15DIMENSIkoop
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
i) Idealized Influence
Pendekatan melalui perilaku ini menunjukan sifat pemimpin yang memiliki
keyakinan diri yang kuat dan berpegang teguh kepada nilai-nilai murni.
Pemimpin sebegini sentiasa memiliki komitmen yang tinggi dan menjadi
kebanggaan kepada golongan yang dipimpinnya. Selain itu, ia juga mempunyai
visi yang jelas dan setiap langkah yang diambil sentiasa mempunyai tujuan
yang pasti. Seorang yang tekun dalam menguruskan setiap tugasannya.
ii) Individual Consideration
Perilaku pemimpin yang sentiasa berfikir, merenung dan sering mengenal pasti
segala permasalahan yang dihadapi oleh kakitangannya. Pemimpin sebegini
berusaha sekuat tenaga untuk mengenali kemampuan dan keupayaan
yang boleh dilakukan oleh kakitangannya. Memberi galakan dan peluang
belajar serta sentiasa memberi bimbingan kepada kakitangannya. Menjadi
pendengar yang baik dan mengutamakan kerja berpasukan.
iii) Inspirational Motivation
Merupakan seorang pemimpin yang sentiasa memberikan motivasi dan inspirasi
kepada kakitangannya agar dapat mencapai hasrat yang telah ditetapkan
dalam organisasi. Ia juga merupakan seorang yang berani mencuba sesuatu
yang baru dan menjadikan setiap kegagalan adalah suatu pengalaman serta
pembelajaran untuk mencapai kejayaan di masa hadapan. Pemimpin yang
optimis dan sentiasa memastikan setiap yang dilakukannya sentiasa menjadi
teladan yang baik kepada pengikutnya.
iv) Intellectual Stimulation
Ini merupakan senjata pemimpin transformational dalam mengajak setiap
pengikutnya melihat perspektif yang baru. Memiliki daya imaginasi dan intuisi
yang dikawal oleh logikal dalam membentuk kreativiti pengikutnya. Pemimpin
yang mempunyai perilaku sebegini, sentiasa menginginkan perubahan dan
pembaharuan. Tidak mengutamakan Status Quo. Tidak mempolitikkan
kuasa dan kepercayaan yang diberi kepadanya untuk kepentingan sendiri.
Ia juga yakin bahawa setiap amalan tradisi turun temurun yang telah sebati
dengan pola pemikiran dalam diri individu atau sesebuah organisasi boleh
diubah kepada sesuatu yang baru.
Perilaku seorang pemimpin itu amat penting untuk mencorakkan perjalanan sesebuah
organisasi. Begitu juga dengan gerakan koperasi. Gaya pemikiran dan tingkah laku
pemimpin akan mempengaruhi setiap perubahan yang hendak dilakukan di dalam
koperasi. Pemimpin yang mempunyai nilai-nilai sebegini haruslah diberi keutamaan
dan dinilai untuk menerajui pucuk pimpinan di koperasi.
PENCAPAIAN PRESTASI PUNCAK PEMIMPIN
Walaupun kebanyakan orang menyangka bahawa, untuk mencapai kejayaan dan
menuju ke prestasi puncak lebih banyak kerana bakat, keturunan atau kebijaksanaan,
Perilaku
seorang
pemimpinitu amat
penting untuk
mencorakkan
perjalanan
sesebuah
organisasi
7/27/2019 Bos Koperasi
16/90
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
16 DIMENSIkoop
namun faktor ini tidak datang dengan sendirinya tanpa digilap bersama dengan
elemen-elemen lain. Ini jelas dibuktikan dengan hasil kajian yang telah dibuat oleh
Work & Family Institute, di Virginia, USA menyatakan bahawa, pemimpin yang berjaya
dan mencapai prestasi puncak memiliki kualiti pada visi, fokus, nilai, kecerdasan
emosi, keseimbangan dan ketekunan. Elemen-elemen ini amat perlu sekiranya dapat
dimanfaatkan dan diterap di dalam aspek kepimpinan koperasi. Pemimpin koperasi
yang ingin meraih prestasi puncak perlu mengubah corak kepimpinan yang sedia
ada kepada satu penetapan yang baru.
i) Visi
Pemimpin yang hebat adalah mereka yang memiliki visi. Visi di sini bermaksud
apa yang mereka ingin capai. Pemimpin yang mempunyai visi yang jelas dapat
menggambarkan apa yang boleh dicapai dalam pekerjaan dan kehidupan
seharian. Ia sentiasa mempunyai semangat yang menyala. Bila adanya visi,
ini mendorong koperasi untuk bergerak dengan lebih pantas. Visi merupakan
sesuatu yang unik. Pencapaian matlamat berteraskan visi terlaksana, apabila
pemimpin itu sendiri jelas dengan penetapan visi, kemudian visi tersebut
dijadikan panduan utama dalam pengurusannya dan sentiasa mengingati
visi seiring dengan pemikiran, pembangunan dan pengembangan koperasi.
Apabila visi sudah jelas dan telus ia mampu untuk mendorong semua anggota
koperasi berjuang untuk mencapai matlamat yang digariskan di dalam visi
tersebut.
ii) FokusPemimpin yang telah menetapkan visi akan lebih fokus dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawabnya. Pemimpin yang fokus dapat menguruskan
koperasi dengan baik dan pencapaian visi seperti yang telah disasarkan
dapat dicapai dengan cepat. Semua aktiviti koperasi dapat berjalan lancar
dengan adanya pihak pengurusan dan pemimpin koperasi yang sentiasa
fokus dan telus dengan semua tugas yang dilakukan.
iii) Tata Nilai
Kecemerlangan seseorang pemimpin bergantung kepada etika dan amalan
nilai-nilai murni yang sering dititiberatkannya. Tidak menghiraukan sebarang
kritikan dan kutukan daripada orang lain, sekiranya setiap yang dilakukan
olehnya berada di landasan yang betul.
iv) Kecerdasan Emosi
Untuk menjadi pemimpin koperasi yang berkaliber, ia perlulah sentiasa waspada
terhadap emosi diri, mampu mengawal diri sendiri, memiliki kepekaan terhadap
emosi orang lain dan memiliki ketrampilan sosial. Ada yang berpendapat,
kelebihan mengawal kecerdasan emosi ini lebih memberikan kejayaan dalam
pelaksanaan kerja berbanding dengan hanya memiliki kecerdikan IQ sahaja.
Pengawalan emosi yang baik dapat mewujudkan hubungan yang sempurna
7/27/2019 Bos Koperasi
17/90
17DIMENSIkoop
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
di antara kakitangan dan anggota koperasi dengan pemimpin koperasi.
Pemimpin yang memiliki kelebihan sedemikan tidak mudah putus asa apabila
menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Sentiasa bersiap
sedia untuk bangkit kembali dengan emosi dan semangat yang baru.
v) Keseimbangan
Pemimpin koperasi akan meraih prestasi puncak berdasarkan pengalamannya
apabila menyedari bahawa alam ini dan segalanya berjalan secara seimbang.
Keseimbangan dapat membantu proses pembuatan keputusan yang tepat
demi menjaga kepentingan dan kebajikan anggota serta pelaksanaan tugas
dapat dijalankan dengan mudah. Keseimbangan bukan sahaja terletak di
dalam pengurusan tetapi perlu juga seimbang dari sudut spritual, kekeluargaan
dan sebagainya. Intinya, sekiranya tiada keseimbangan dalam kepimpinan,
keadilan dan ketelusan tidak dapat dipraktikan.
vi) Ketekunan
Komitmen dan ketekunan yang tinggi di kalangan pemimpin koperasi menjadi
pengukur kepada kecemerlangan sesebuah koperasi. Ketekunan pemimpin
koperasi, tanpa adanya usaha dan kerjasama di kalangan anggota tidak
memberikan apa-apa makna. Ketekunan dan kesungguhan mereka
haruslah seiring demi memperjuangkan pemantapan, penghayatan dan
kecemerlangan gerakan koperasi pada masa kini, serta menjadi model dan
suntikan semangat kepada generasi akan datang.
Perubahan boleh dilakukan di koperasi sekiranya aspek ini diberi penekanan dan
diimplimentasikan untuk mengubah senario kepimpinan koperasi yang sedia ada
kepada yang lebih jitu.
KRITERIA PEMIMPIN UNGGUL
Kepimpinan Dalam Konteks Islam
Pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar di dalam Islam. Pemimpin
memikul amanah dan tugas yang berat terhadap orang yang dipimpinnya. Malah,
seorang pemimpin juga dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT terhadap
kepimpinannya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ;
Kalian semua adalah seorang pemimpin dan setiap pemimpin akan
dipertanggunugjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinannya (Hadis
Riwayat Bukhari), dipetik daripada artikel Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (Kriteria
pemimpin unggul Muslim).
Jelas betapa kepimpinan adalah satu perkara serius, bukannya perkara remeh
temeh sebagaimana dianggap kebanyakan orang. Bukan semua orang mempunyai
kelayakan untuk menjadi seorang pemimpin. Barangkali terpahat di minda, pemimpin
Pemimpin
memikul
amanah dan
tugas yang
berat
terhadap
orang yang
dipimpinnya
7/27/2019 Bos Koperasi
18/90
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
18 DIMENSIkoop
boleh dicari daripada kalangan orang yang berada atau kaya dan berilmu, padahal
itu bukan pra syarat utama dalam pemilihan seorang pemimpin. Pemimpin yang dipilih
hendaklah di kalangan orang yang benar-benar berkemampuan memikul amanah
dan tanggungjawabnya dengan seadil-adilnya.
Lanjutan daripada itu, memadailah bagi gerakan koperasi khususnya umat Islam
menjadikan Rasulullah SAW sebagai model dan contoh terbaik dalam kepemimpinan.
Baginda memiliki syarat dan kriteria utama untuk ditabalkan sebagai seorang
pemimpin yang ideal dan lagi unik. Baginda membawa satu perubahan drastik penuh
revolusi yang dicipta dalam masa begitu singkat. Baginda bersama sahabat berjaya
merakamkan kejayaan dan kegemilangan buat umat Islam hingga Baginda diiktiraf
sehingga kini sebagai pemimpin unggul dalam diari kehidupan manusia.
Jelas bahawa, rahsia kejayaan penuh gemilang yang dirintis Rasulullah SAW dan
sahabat adalah berdasarkan kepada corak kepimpinan bagi seorang pemimpin
Islam dan kerjasama masyarakat Islam dalam merealisasikan cita-cita dan wawasan.
Inilah kunci kejayaan yang berkait rapat dengan aspek kepimpinan yang adil dan
kerjasama erat dalam merancang pembangunan gerakan koperasi.
Melihatkan betapa pentingnya kedudukan pemimpin di sisi Allah SWT dan umat Islam,
maka Islam meletakkan garis panduan ketat mengenai kriteria seorang pemimpin
yang berkewibawaan dan berkemampuan untuk memimpin umat Islam dan jikalau
dalam konteks koperasi, ia dapat memimpin gerakan koperasi ke arah kejayaan.
Ini kerana Islam mengambil berat urusan hidup muslim sehingga menyediakan garispanduan yang perlu dipatuhi bagi membina sebuah masyarakat adil lagi saksama.
Tidak mengira apa jua agama dan bangsa yang terdapat di dunia ini, peraturan,
keadilan dan nilai-nilai moral serta kesedaran sivik yang baik semestinya menjadi
keutamaan dalam menuju ke arah kejayaan. Antara sifat dan kriteria tersebut ialah;
i) Bersikap Lemah Lembut
Tidak mengira pangkat dan pandangan politiknya, seorang pemimpin tidak
wajar mempunyai sifat pilih kasih dan bersikap kasar serta berhati keras
terhadap sebarang kritikan dan teguran.
ii) Kesabaran
Seorang pemimpin mestilah memiliki kesabaran kental dalam menghadapi
tuntutan dan karenah pimpinannya yang pelbagai ragam dan jika perlu,
pemimpin berusaha bersungguh-sungguh menunuaikan kewajipannya untuk
meningkatkan kesejahteraan orang yang dipimpinya kerana itu adalah
tanggungjawab mereka.
Akan tetapi, jika seorang pemimpin itu tidak bersikap lemah lembut dan sering
menghilangkan diri ketika diperlukan, sudah pasti mereka akan menjauhi
7/27/2019 Bos Koperasi
19/90
19DIMENSIkoop
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
pemimpin yang tidak amanah tersebut. Akhirnya, berlakulah keadaan yang
tidak tenang dan perpecahan mungkin akan melanda ekoran daripada rasa
ketidakpuasan hati terhadap pemimpin.
iii) Pemaaf
Pemimpin juga perlu seorang yang pemaaf dan sentiasa mendoakan kebaikan
dan kesejahteraan hidup seluruh pimpinannya. Ini menunjukkan betapa
penting dan perlunya seorang pemimpin mempraktikkan Islam dalam setiap
ruang lingkup kehidupannya. Dengan ini, barulah dia dapat menjalankan
kepimpinannya dengan penuh adil dan saksama.
iv) Bermusyawarah
Pemimpin harus saling bermusyawarah pada setiap masa dan ketika
sebelum menetapkan sesuatu keputusan muktamad dalam hal berkaitan
dengan kepentingan koperasi. Dengan adanya musyawarah ini, barulah
semua pihak dapat berbincang dengan cara baik untuk kepentingan dan
kebaikan semua anggota. Maka, tidak wujud dendam dan ketidakpuasan
hati atau perubahan apabila semua anggota dan pemimpin terbabit dalam
musyawarah tersebut.
Terdapat beberapa lagi sifat yang digariskan dalam Islam bagi ciri-ciri kepimpinan
yang baik seperti berilmu pengetahuan, mempunyai teras akidah yang baik, amanah,
berkata benar, keadilan dan bijak. Pemimpin yang cemerlang bermula dengan
akidah yang baik.
Keharmonian sudah pasti berhasil dengan kerjasama yang erat. Segala visi, misi dan
objektif yang dirancangkan pasti terlaksana. Setiap pemimpin khususnya di koperasi
menyedari mereka sebenarnya memikul amanah berat sebagai pemimpin. Anggota
pula memainkan peranan positif ke arah menjayakan aktiviti supaya mereka dapat
menyumbang kepada keharmonian, kesejahteraan dan keuntungan bersama.
Anggota perlu bijak memilih pemimpin yang boleh membawa perubahan kepada
koperasi. Amalan yang sering diguna pakai di koperasi perlulah ditransformasikan
dengan mempraktikkan semua kaedah dan kriteria pemilihan berdasarkan garis
panduan tersebut. Hala tuju koperasi terletak di atas kewibawaan dan kebijaksanaan
pemimpin yang dipilih.
PEMIMPIN KARISMATIK DAN KREATIF
Berfikiran kreatif bukan hanya untuk pekerjaan yang mempunyai hubungan dengan
seni tetapi ia adalah satu tahap pemikiran yang akan membantu koperasi dalam
mengenal pasti aktiviti dan meningkatkan hasil pulangan yang menguntungkan.
Menurut Dr. Edward De Bono, pakar dunia tentang berfikir secara kreatif menyatakan
bahawa Kualiti berfikir kita akan menentukan masa depan kita. Konsep Lateral
7/27/2019 Bos Koperasi
20/90
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
20 DIMENSIkoop
Thinking boleh digunakan dalam memacu kreativiti sebagai seorang pemimpin.
Pendekatan yang hendak digunakan perlu menerusi latihan dan pembelajaran.
Pemikiran kreatif bukan sahaja dari aspek mempelbagaikan produk dan perkhidmatan
tetapi harus menitikberatkan kepada kawalan persekitaran dalaman dan luaran.
Sistem kawalan yang baik juga seharusnya menggalakkan pengurusan dan operasi
perniagaan koperasi yang lebih cekap. Keputusan dan tindakan yang dibuat oleh
pihak pengurusan mestilah sesuatu yang cost effective. Sesebuah koperasi itu perlu
mempunyai kesinambungan dalam menjalankan aktiviti dan operasi harian mereka.
Itu semua datangnya hasil dari kreativiti seorang pemimpin untuk merangka plan
kontigensi bagi menghadapi kemungkinan yang berlaku. Perancangan strategik juga
adalah satu tatacara yang sistematik dan berbentuk formal dalam usaha pengurusan
koperasi menyatakan tujuan atau objektif melalui analisis luaran dan dalaman.
Sebagai contoh menggunakan kaedah analisis persekitaran dalaman dan luaran
dari aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT).
Pengurusan yang baik juga adalah dengan membuat pengasingan tugas dan
tanggungjawab. Dengan adanya pengagihan ini, kerja-kerja dapat dibuat dengan
lebih cekap dan cepat. Ini juga akan dapat meminimumkan kemungkinan berlakunya
penyalahgunaan kuasa di koperasi. Satu lagi sistem kawalan dalaman yang penting
ialah menggariskan hierarki koperasi. Dengan adanya hierarki yang menunjukkan
tahap kedudukan dan tangunggjawab kakitangan, sesebuah koperasi itu akan
dapat beroperasi dengan lebih licin dan sempurna. Selain itu, hierarki ini juga boleh
dijadikan sebagai satu garis panduan bagi setiap kakitangan mengenai had kuasa
yang sepatutnya dan memudahkan lagi mereka menjalankan tugas.
Bukan itu sahaja, penerapan konsep teori hubungan atasan bawahan (leader-member
exchange)sebagai teori kepimpinan efektif adalah amat perlu. Seorang pemimpin
akan memperlakukan bawahannya sama sebagaimana ia memperlakukan bawahan
itu dalam satu kumpulan. Namun, teori hubungan atasan bawahan menjelaskan
bahawa perlakuan pemimpin adalah berbeza antara bawahannya. Pemimpin perlu
melihat beban tugas yang dipikul oleh kakitangan bawahannya bagi memastikan
keadilan dalam menaikkan pangkat atau memberikan insentif kepada kakitangan
yang benar-benar berhak bukan wujudnya kepentingan peribadi atau dalam kata
lain kaki kipas.
Tanggungjawab kakitangan koperasi untuk melaksanakan tugas dengan cepat dan
cekap juga dapat diimplementasikan dengan idea kreatif pemimpin koperasi melalui
penyediaan satu rujukan standard yang boleh digunakan sebagai panduan. Idea baru
dengan penyediaan prosedur aktiviti koperasi atau Standard Operating Procedure
(SOP) boleh diperkenalkan untuk menguruskan koperasi secara bersistematik dan
berkesan. Koperasi boleh menetapkan matlamat untuk memperoleh pensijilan
International Standards Organization (ISO). Sebagai contoh KOPETRO yang juga telah
menyediakan SOP untuk aktiviti kredit di koperasinya. Prosedur aktiviti ini meliputi
semua aktiviti pembayaran yang bermula daripada penerimaan borang permohonan
7/27/2019 Bos Koperasi
21/90
21DIMENSIkoop
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
yang telah diluluskan di bahagian pembiayaan sehingga pengeluaran cek kepada
anggota yang memohon. Ini memudahkan proses kerja kerana terdapat panduan
atau tatacara yang sistematik untuk menguruskan kerja dengan cekap serta dapat
mengurangkan kesilapan semasa melaksanakan prosedur aktiviti tersebut. Penyediaan
SOP ini memudahkan pihak pengurusan apabila pegawai atau kakitangan baru
diambil bekerja boleh membaca sendiri prosedur tanpa memerlukan arahan secara
lisan dan latihan yang berterusan.
Pemimpin yang berkarismatik adalah pemimpin yang boleh membangkitkan kuasa
dan kepercayaan luar biasa serta boleh memberikan inspirasi dan motivasi kepada
anggota. Apabila pemimpin ini berbicara, kata-kata mereka akan memberikan
semangat kesetiaan anggota kepada koperasi. Limpahan idea yang kritis dapat
menonjolkan lagi kewibawaan dan karisma seseorang pemimpin tersebut. Kredibiliti
pemimpin sebegini jelas membezakan antara pemimpin yang berkarismatik ataupun
tidak. Jika dilihat kepimpinan yang ditonjolkan oleh Koperasi Tentera menggambarkan
kesetiaan dan kepercayaan sepenuhnya anggota koperasi terhadap kewibawaan
pemimpinnya. Anggota sedar kemampuan pemimpinnya dalam memberikan
perkhidmatan yang terbaik untuk mereka. Kelebihan pemimpin di Koperasi Tentera
adalah kerana mereka begitu peka dengan perubahan dan keperluan teknologi
moden untuk terus bersaing di pasaran. Mereka tidak takut untuk membuat pelaburan
dalam menyediakan perisian aplikasi komputer yang boleh menguruskan pinjaman
anggota dengan cepat dan teratur. Ini kerana, mereka sedar terdapat banyak
persaingan dengan pihak bank yang juga menyediakan kemudahan pinjaman.
Inisiatif ini digunakan bagi memastikan ketaatan anggota untuk terus membuatpinjaman dengan koperasi. Di samping memberi pinjaman, koperasi juga dapat
menjamin kebajikan anggota agar tidak menanggung beban hutang yang banyak
untuk mendapatkan kehidupan yang lebih selesa.
Kejayaan Koperasi Tentera tidak dicapai dengan mudah. Pegangan terhadap prinsip,
nilai, kekuatan dari sudut intelek, perhubungan, kompetensi dari segala aspek menjadi
pemacu kepada hala tuju dan teras kepimpinan di koperasi.
TIP MENJADI PEMIMPIN YANG EFEKTIF DAN UNGGUL
Bolehkah kita menciptakan seorang pemimpin? Persoalan yang sukar untuk
diperincikan. Namun, untuk menjadi pemimpin koperasi yang efektif dan unggul perlu
mengambil kira tujuh aspek seperti di bawah ;
1) Buatlah orang lain merasa diri mereka penting, tanpa perlu diampu dan
disogok dengan wang ringgit. Jangan terlalu menggunkan kuasa veto untuk
membuat sebarang keputusan tanpa mengambil kira pendapat yang lain.
Jadi, beri perhatian kepada kemampuan dan penglibatan setiap anggota
koperasi semasa membuat sebarang keputusan.
7/27/2019 Bos Koperasi
22/90
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
22 DIMENSIkoop
2) Perjelaskan visi. Setiap anggota memerlukan idea yang jelas mengenai hala
tuju koperasi yang boleh menjamin dan memberikan maanfaat kepada
mereka. Anggota juga perlu tahu betapa pentingnya berkoperasi bukan
hanya untuk kepuasan atau pengaruh kepentingan diri sendiri sahaja sebagai
pemimpin.
3) Bersikap baik dengan orang-orang disekeliling seperti mana layanan baik yang
diberikan kepada anda sebagai pemimpin. Sentiasa menjaga hubungan
yang baik dengan anggota.
4) Jauhi melakukan kesalahan. Jika sekirannya kesalahan yang dilakukan ditutup
atau dirahsiakan daripada pengetahuan kakitangan koperasi, mereka juga
boleh melakukan hal yang sama. Akibatnya, sukar untuk mendapatkan
informasi semasa menjalankan tugas.
5) Sentiasa berhati-hati ketika membuat kritikan. Memberikan pujian sekiranya
kakitangan melakukan tugas dengan cekap. Pujian dan penghargaan yang
diberikan terutama di hadapan kakitangan yang lain akan membuatkan orang
yang dipuji menjadi bangga dan rasa dihargai. Sebaliknya elakkan membuat
kritikan dikhalayak ramai yang boleh menjatuhkan maruah kakitangan. Kalau
perlu, tegur dengan cara yang baik.
6) Rapat dan mesra dengan kakitangan. Pemimpin perlu turun padang untuk
melihat dan mendengar segala masalah yang melibatkan pengurusan.Dengan cara ini, pemimpin dapat memperoleh maklumat yang sebenar tanpa
adanya penipuan dan penyelewengan. Bagi merapatkan lagi hubungan
antara pemimpin dan anggota rancangkan hari keluarga untuk koperasi
pada setiap tahun. Barulah wujudnya semangat bekerjasama serta kesetiaan
anggota dan kakitangan koperasi semakin utuh.
7) Mewujudkan suasana yang kompetitif di kalangan kakitangan. Beri
penghargaan kepada kakitangan yang memberikan perkhidmatan yang
cemerlang. Ini akan menyebabkan kakitangan yang lain akan turut sama
untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk koperasi. Mengadakan
Hari Kualiti Koperasi setiap tahun.
PENUTUP
Pemimpin yang bijak ialah pemimpin yang membangun, pemimpin yang hebat akan
hidup sepanjang zaman. Jadilah pemimpin yang sentiasa peka dengan budaya
perubahan agar tidak ketinggalan. Pilihlah pemimpin yang mempunyai kriteria dan
ciri-ciri yang boleh memimpin gerakan koperasi agar terus gemilang. Merujuk kepada
petikan ucapan oleh Tun Dr. Ismail Al-Haj, di Fifth M.I. M. Annual Dinner, K.L (Jun 26, 1973)
7/27/2019 Bos Koperasi
23/90
23DIMENSIkoop
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
yang diambil dari penulisan Wan Azmi Ramli ( Pengurusan Masa Kini) menyatakan
bahawa
The ability to change man is a function of leadership. And, When a society is on the
move, as I hope ours is, the people are not looking for troubles. They are looking for
a strong, dynamic and fair leadership to take them forward. This is the challenge to
management today.Ini boleh dijadikan suntikan semangat kepada koperasi untuk
terus membuat perubahan dalam pengurusan koperasi yang cemerlang.
RUJUKAN
Ab. Aziz Yusof. (2003). Prinsip Keusahawanan. Kuala Lumpur: Pearson Education.
Mohd Ali Hj. Hashim. (1996).Membujur Lalu: Suatu pengalaman orang Melayu dalam
pengurusan.Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Syed Amin Aljeffri. (1998). Sekilas pandang: Gaya pengurusan masa kini.Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Wan Azmi Ramli. (1990). Pengurusan masa kini. (Edisi Ke-3). Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Dwi Suryanto, Dr. Pemimpin Unggul. Dicapai pada 2008
http://www.pemimpin-unggul.com
Dwi Suryanto, Dr. Kepimpinan dan pemimpin efektif. Dicapai pada Oktober 8, 2006.
http://www.pemimpin-unggul.com
Dwi Suryanto, Dr. (2007, November). Pemimpin Unggul. Think lateraly for success.
Retrieved November 8, 2007: 10-11. Anonymous. The British Journal of Administrative
Management. Orpington :
http://www.pemimpin-unggul.com
Dwi Suryanto, Dr. Pemimpin Unggul. Tips menjadi pemimpin yang efektif. Dicapai
pada Ogos 14,2001 http://www.pemimpin efektif.com
Ahmad Zaki Engku Alwi, Dr. Engku. Kriteria pemimpin unggul Muslim.
Dicapai pada November 2,2007 http:// www.kriteriapemimpin.com
Mohd Bazli bin Abd Razak. Kepimpinan dalam organisasi menurut kaca mata Islam.
Dicapai pada November 2, 2007 http://www.pemimpinislam.com
http://www.pemimpin-unggul.com/http://www.pemimpin-unggul.com/http://www.pemimpin-unggul.com/http://www.pemimpin/http://www.kriteriapemimpin.com/http://www.kriteriapemimpin.com/http://www.pemimpin/http://www.pemimpin-unggul.com/http://www.pemimpin-unggul.com/http://www.pemimpin-unggul.com/7/27/2019 Bos Koperasi
24/90
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
24 DIMENSIkoop
PENGENALAN
Kemajuan dan kekayaan sesebuah negara bukan diukur berdasarkan kuantiti sumber-
sumber alam yang dimiliki tetapi kualiti modal insan yang kreatif dalam merancang
usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan (Sufean,
2000). Justeru, misi memperkasa kualiti modal insan negara telah dijadikan TerasKedua Misi Nasional,(2006-2020) dengan iltizam untuk Meningkatkan Keupayaan
Pengetahuan, Kreativiti Dan Inovasi Negara Serta Memupuk Minda Kelas Pertama.
Misi pembangunan dan memperkasa modal insan ini, tidak dapat dipisahkan dengan
instrumen utama bagi merealisasikannya iaitu pendidikan. Pendidikan adalah
merupakan satu elemen yang amat penting dalam memastikan perkembangan dan
kemajuan sesebuah tamadun berterusan. Sejak dari zaman dahulu sehinggalah ke
hari ini, manusia secara semula jadi memahami bahawa mereka amat memerlukan
pendidikan. Pendidikan telah menjadi satu keperluan yang perlu dipenuhi oleh setiap
orang. Dari satu generasi ke satu generasi, ilmu pengetahuan yang diperoleh telah di
perturunkan melalui pendidikan yang berterusan sehingga ke hari ini.
Elemen pendidikan tidak boleh diabaikan dan dipandang ringan oleh masyarakat.
Pendidikan mesti diberi keutamaan dalam segala hal. Kerajaan telah memperuntukkan
sejumlah peruntukan yang tinggi dalam Rancangan Malaysia Ke 9 (RMKe-9 2006)
untuk membolehkan pendidikan berkembang dengan pertambahan bilangan
institusi pendidikan yang baru seperti sekolah dan universiti baru. Dengan cara ini lebih
banyak penduduk Malaysia akan dapat menikmati pendidikan yang formal secara
berterusan.
Mengikut kamus Dewan 1997, pendidikan secara umumnya ialah satu proses
pemberian ilmu kepada manusia. Menurut pandangan Tajul Arifin Nordin (1988) pula
Pendidikan harus bersumberkan Al Quran dan Hadis, di samping adanya integrasi
disiplin-disiplin ilmu ke arah membina komuniti ummah dengan berteraskan aqidah.
Falsafah pendidikan negara juga menjelaskan bahawa pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
TRANSFORMASI PENDIDIKAN KOPERASIDI MALAYSIA
Oleh : Shamsul Khairi Bin Abu HassanPusat Antarabangsa dan Pendidikan Tinggi
7/27/2019 Bos Koperasi
25/90
25DIMENSIkoop
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Sehubungan dengan itu, kewujudan sebuah institusi latihan yang unggul dalam
pendidikan dan menghasilkan ilmu pengetahuan berkaitan koperasi yang tidak
dihasilkan oleh institusi pendidikan yang lain perlu diberi keutamaan. Oleh yang
demikian Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) mempunyai peranan yang sangat
penting dalam melahirkan modal insan yang diperlukan oleh gerakan koperasi. MKM
perlu peka terhadap program-program akademik dan latihan yang ditawarkan agar
seiring dengan peranannya dalam menyediakan anggota gerakan koperasi dengan
pengetahuan dan kemahiran sebagai bekalan dalam menghadapi perubahan yang
berlaku di persekitaran dalaman mahupun luaran.
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN AWAL KOPERASI
Sejarah telah mencatatkan bahawa permulaan pergerakan koperasi bermula dengan
mendidik masyarakat dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan moral dan
semangat kerjasama. Robert Owen (1771-1858) yang dikenali sebagai Bapa Koperasi
telah menyarankan supaya mewujudkan perkampungan yang dinamakan sebagai
Dunia Baru Yang Bermoral. Beliau juga telah menubuhkan satu perkampungan
yang berasaskan prinsip-prinsip persaudaraan dan tolong-menolong (Villages of Co-
operation) pada tahun 1799 dan sebuah institut pendidikan moral (Institution for the
Formation of Character) pada tahun 1816. Usaha mendidik masyarakat berkaitankoperasi tidak hanya dilakukan oleh Owen, malah ia turut mendapat sokongan Dr.
William King (1786-1865). Beliau telah menyebarkan semangat baru dan kefahaman
koperasi melalui buletin The Co-operator. Hasil usaha mereka dalam mempelopori
pendidikan koperasi telah merintis jalan untuk perkembangan koperasi sehinggalah
ke hari ini.
Usaha untuk menerapkan kefahaman koperasi telah diteruskan lagi oleh Pelopor
Rochdale dengan menggariskan beberapa prinsip koperasi yang kemudiannya
telah menjadi falsafah Gerakan Koperasi di seluruh dunia. Pelopor Rochdale telah
berusaha memberi kefahaman kepada masyarakat pada ketika itu akan kepentingan
berkoperasi. Masyarakat di England telah menyambut baik seruan Pelopor Rochdale
dan hasilnya pertambahan bilangan koperasi ibarat cendawan tumbuh selepas
hujan.
Apabila tertubuhnya Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), proses pendidikan koperasi
telah memasuki fasa baru iaitu dengan kerjasama yang terjalin membolehkan koperasi
berkongsi maklumat, memperkenalkan dan mempertahankan prinsip-prinsip koperasi
dalam pendidikan koperasi ICA juga berperanan memberi pendidikan koperasi di
seluruh dunia sehinggalah sampai ke Tanah Melayu pada ketika itu.
Maktab
Kerjasama
Malaysia
(MKM)
mempunyai
peranan
yang sangat
penting dalam
melahirkan
modal
insan yang
diperlukan
oleh gerakan
koperasi
7/27/2019 Bos Koperasi
26/90
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
26 DIMENSIkoop
PENDIDIKAN AWAL KOPERASI DI MALAYSIA
Pergerakan awal koperasi di Tanah Melayu sering dikaitkan dengan pertanian.
(Datuk Abdul Majid Mohamed, 1982). Kegiatan pertanian yang dijalankan menjadi
aktiviti ekonomi utama rakyat tempatan. Keperluan kepada modal dan juga
kelengkapan pertanian telah mendorong para petani mendapat modal melalui
kaedah pembiayaan semasa yang diamalkan yang akhirnya mencengkam dan
menindas petani. Situasi ini telah menggalakkan penubuhan koperasi oleh Kolonial
bagi mengatasi masalah pembiayaan yang menindas petani sejak sekian lama.
Pada tahun 1 Julai 1922 bermulalah era baru pergerakan koperasi di tanah Melayu
dengan berkuat kuasanya undang-undang koperasi yang pertama iaitu Undang-
undang Syarikat Kerjasama 1922. Koperasi pertama yang didaftarkan ialah sebuah
koperasi bagi penanam-penanam padi di Daerah Kerian, Perak dengan tujuan untuk
mencegah anggota koperasi mendapat pembiayaan modal dengan cara padi ratus
yang sentiasa menekan petani ketika itu.
Pendidikan awal koperasi dimulakan oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Syarikat
Kerjasama. Pegawai berkenaan berusaha gigih untuk memberi penerangan kepada
rakyat umum berkenaan pengertian koperasi, cara menguruskan koperasi, peranan
dan apakah kebajikan yang akan diperoleh daripada koperasi. Pelbagai cabaran
dan karenah yang terpaksa dihadapi di peringkat awal antaranya ialah ketiadaan
kuasa untuk memaksa individu menjadi anggota koperasi, pelbagai syak wasangka
dan penentangan terhadap penjajah yang berlaku pada ketika itu. Namun usaha
pendidikan koperasi terbantut seketika apabila perang dunia kedua meletus danhampir keseluruhan aktiviti koperasi terhenti sehinggalah peperangan tamat.
PENUBUHAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA (MKM)
Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, pendidikan koperasi telah memasuki era baru
dengan pertambahan bilangan koperasi meningkat dengan banyaknya. Pertambahan
bilangan koperasi ini telah menyebabkan berlakunya kekurangan pegawai koperasi
dari Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) untuk mengurus dan menyelia koperasi
dengan ketara (Nordin Hussin, 1982). Bilangan pegawai koperasi yang ada sudah
tidak mampu untuk mengendalikan urusan pentadbiran dan pengurusan koperasi
apatah lagi menjalankan aktiviti pendidikan. JPK telah mengambil langkah awal bagi
menambah bilangan pegawai koperasi bagi menampung kekurangan yang berlaku
dengan cara mengadakan kursus untuk pegawai koperasi. Namun begitu bilangan
yang ada masih belum mampu untuk memenuhi tahap keperluan yang diperlukan.
Kekurangan pegawai koperasi telah menyebabkan aktiviti pendidikan koperasi
terjejas seperti aktiviti penerangan berkaitan falsafah pergerakan koperasi kepada
anggota dan juga masyarakat setempat. Oleh yang demikian, anggota-anggota
koperasi tidak dapat memahami secara mendalam falsafah pergerakan koperasi
dan akhirnya membawa kepada penyelewengan dan pembubaran koperasi. Selain
7/27/2019 Bos Koperasi
27/90
27DIMENSIkoop
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
itu masalah pemeriksaan akaun koperasi juga wujud akibat kekurangan pegawai
koperasi. Rentetan daripada masalah ini, telah wujud desakan daripada pergerakan
koperasi supaya kerajaan membina dan menyediakan sebuah pusat latihan yang
khusus bagi melatih pegawai koperasi dan juga anggota pergerakan koperasi.
Maka pada 13 November 1956, Maktab Kerjasama Malaysia telah dirasmikan oleh Mr.
B.J. Surridge, Penasihat Teknik Kerjasama kepada Setiausaha Tanah Jajahan London.
Maka dengan kewujudan MKM ini pendidikan koperasi telah memasuki alaf baru
dengan berjalannya kursus-kursus berkaitan koperasi secara sepenuh masa dan lebih
sistematik.
Pada peringkat awal pengoperasian, MKM tidak mempunyai bilangan pensyarah yang
mencukupi kerana kesukaran untuk mendapatkan pensyarah yang berkelayakan.
MKM terpaksa mengambil pegawai-pegawai dari jabatan kerajaan dalam pelbagai
bidang bagi mengisi keperluan latihan secara sambilan.
KURSUS PENDIDIKAN KOPERASI YANG DITAWAR DI MKM
Terdapat tiga bentuk kursus yang ditawarkan oleh MKM iaitu:
Kursus-kursus jangka pendek
Kursus jangka pendek merupakan kursus utama yang dijalankan di MKM. Pada
peringkat awal MKM, kursus yang dijalankan adalah seperti berikut :a. Kursus pegawai-pegawai koperasi selama 6 bulan.
b. Kursus penyelia koperasi (inspector) selama 3 bulan.
c. Kursus pemimpin-pemimpin koperasi luar bandar selama 2 bulan.
Pemilihan kursus adalah berpandukan kepada kursus yang pernah dijalankan di
maktab-maktab kerjasama dan institusi-institusi lain pada tahun 50an. Kursus yang di
tawarkan ini adalah merupakan satu latihan untuk membolehkan pegawai-pegawai
koperasi yang telah dilantik mengemaskinikan buku-buku perakaunan koperasi,
memperkemaskan pentadbiran koperasi luar bandar.
Kursus-kursus yang ditawarkan di MKM bertambah dari semasa ke semasa selaras
dengan permintaan dan keperluan koperasi masa kini. Kursus seperti kursus setiausaha
koperasi luar bandar, kursus ahli jawatankuasa koperasi dalam bandar, kursus khas
untuk koperasi kredit, koperasi nelayan, koperasi kilang padi, koperasi pengguna dan
kursus untuk guru-guru sekolah ditawarkan bagi perkembangan koperasi sekolah
seluruh Malaysia.
Perubahan pendekatan yang dilakukan oleh MKM tidak terbatas hanya di dalam
kampus utama di Petaling Jaya sahaja, malahan turut melibatkan penganjuran kursus-
kursus luar kampus sama ada secara anjuran bersama dengan jabatan atau agensi
7/27/2019 Bos Koperasi
28/90
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
28 DIMENSIkoop
kerajaan ataupun badan-badan koperasi, malah membawa kursus yang biasanya
dilaksanakan di dalam ke luar kampus utama MKM. Perbelanjaan kursus ini dibiayai
sepenuhnya oleh MKM.
Perubahan kepada Akta Koperasi yang menjadi panduan kepada pergerakan koperasi
telah memberi kesan kepada pendidikan dan latihan koperasi. Penguatkuasaan Akta
Koperasi 1993 di dalam tahun 1994 dan pindaan 2006 telah memperlihatkan perubahan
positif kepada sektor koperasi di dalam semua bidang. Bidang pendidikan dan
latihan koperasi tidak terkecuali daripada angin perubahan ini. MKM telah melakukan
beberapa pengubahsuaian di dalam program-program yang disediakan, khususnya
di dalam aspek isi kandungan dan pendekatan latihan yang digunakan. Perubahan
yang berlaku bukan sekadar terhadap isi kandungan dan pendekatan latihan tetapi
melibatkan pengembangan sayap MKM ke Sabah dan Sarawak.
Bermula pada tahun 2003, MKM telah mula melaksanakan dua Kursus Wajib iaitu Kursus
Pentadbiran Koperasi dan Perundangan (ML 100) dan Kursus Tatacara Pengauditan
dan Perakaunan Koperasi (MA 200) selaras dengan arahan yang telah di keluarkan
oleh Ketua Pendaftar Koperasi. Kedua-dua kursus ini diperkenalkan dengan hasrat
supaya Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Juru Audit Dalam (JAD) yang telah
dilantik dapat memimpin koperasi dengan lebih cekap dan dapat memenuhi objektif
asal penubuhannya sebagai satu badan yang ditubuhkan untuk memberi manfaat
kepada anggota-anggotanya. Kursus MA 200 di jalankan mengikut kurikulum yang
dipersetujui oleh JPK. Kursus ini bertujuan melengkapkan JAD dengan kefahaman
tentang tugas dan tanggungjawab serta melengkapkan mereka dengan kemahiranasas menjalankan audit dan membuat laporan audit. Status kursus ML 100 dan MA
200 adalah diwajibkan kepada semua ALK dan JAD yang dilantik untuk mengikutinya
sekurang-kurangnya sekali.
Peringkat Diploma
Usaha untuk mengadakan program diploma telah dilakukan seawal tahun 70-an.
Satu Jawatankuasa Pengajian yang telah dilantik membuat perancangan dan
kajian merekabentuk program diploma dari segi kurikulum, syarat-syarat kemasukan
dan calon yang layak memohon untuk mengikuti kursus tersebut. Jawatankuasa
Pengajian telah membuat keputusan untuk memulakan kursus diploma pada bulan
Mei 1971. Kursus ini pada masa itu dijalankan selama 1 tahun. Tujuan mengadakan
kursus diploma ini ialah bagi melatih pegawai-pegawai koperasi yang bakal menjadi
pegawai dan pengurus dalam sesebuah koperasi dan juga pegawai daripada agensi
kerajaan yang bertanggungjawab menyelia koperasi.
Tahun 1977 telah mencatatkan satu sejarah penting transformasi pendidikan koperasi
di Malaysia kerana MKM telah mendapat kebenaran daripada ahli Majlis MKM
untuk mengadakan Kursus Diploma Pengurusan Koperasi untuk tempoh pengajian
selama 3 tahun. Pembentukan kurikulum telah diatur oleh satu Jawatankuasa
7/27/2019 Bos Koperasi
29/90
29DIMENSIkoop
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
Kecil Pengajian yang terdiri daripada Dr. Leo Fredericks dari Universiti Malaya (UM),
Dr. Redzuan bin Abd Rahman dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan En Md.
Shah bin Che Man Pengetua MKM. Jawatankuasa Pengajian yang dilantik ini telah
mengadakan beberapa siri perbincangan dengan beberapa Institusi Pendidikan
yang lain seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), UPM, UM dan Intitut Tadbiran Awam
(INTAN). Dengan adanya kursus diploma selama tiga tahun ini, kursus diploma yang
diadakan semenjak tahun 1971 telah ditukar menjadi kursus peringkat sijil iaitu Kursus
Sijil Pengurusan Koperasi untuk tempoh pengajian selama 10 bulan pula. Walau
bagaimanpun program diploma yang telah dirancang ini tidak dapat dilaksanakan
kerana beberapa perkara tertentu.
Program Diploma Pengurusan Koperasi (DPK) telah dijalankan kembali pada bulan
Julai 1991 secara sepenuh masa. Program ini bertujuan menyediakan koperasi
dengan tenaga kerja yang memiliki kesediaan, kesanggupan serta keupayaan untuk
memenuhi cabaran. Program DPK yang dikendalikan oleh MKM merupakan satu
langkah MKM untuk melahirkan sekumpulan tenaga pengurusan yang berkelayakan
untuk mengurus koperasi dengan lebih cekap dan berkesan. Bagi sesi 1992/93, MKM
bercadang untuk mengadakan program ini secara sepenuh masa dan juga separuh
masa. Program separuh masa diperkenalkan berdasarkan kepada permintaan yang
diterima daripada koperasi. Kebanyakkan koperasi telah menyatakan minat mereka
tetapi tidak dapat melepaskan kakitangan mereka untuk mengikuti program ini secara
sepenuh masa kerana kekurangan kakitangan. Program separuh masa memberi
peluang kepada lebih ramai kakitangan koperasi untuk menambah pengetahuan
dan kemahiran dalam bidang pengurusan koperasi. Pada 2001 sasaran calon yanglayak untuk mengikuti program ini telah dibuka kepada lepasan SPM. Tujuan utama
memasukkan calon SPM ialah untuk memperluaskan lagi pengetahuan mengenai
koperasi di kalangan golongan muda.
Peringkat Ijazah
Pendidikan koperasi di Malaysia cuba dipertingkatkan sehingga ke peringkat Ijazah
Sarjana Muda. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi menjayakan hasrat ini di antaranya
menaikkan status MKM menjadi sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Melalui
cara ini MKM boleh menawarkan pelbagai kursus peringkat ijazah sarjana muda dan
peringkat Sarjana dalam bidang pengurusan koperasi. Walau bagaimanapun usaha
ini terhenti seketika kerana melibatkan pindaan terhadap akta penubuhan MKM.
MKM hanya dibenarkan menjalankan program peringkat ijazah secara kerjasama
dengan Institut Pengajian Tinggi.
Pada tahun 1988 MKM telah berjaya memulakan program jarak jauh di peringkat
Diploma Lanjutan dan Sarjana Pengurusan Koperasi. Program ini terbuka kepada
anggota koperasi, anggota lembaga koperasi dan kakitangan agensi yang menyelia
koperasi. Program ini adalah anjuran bersama Universiti Leicester, England. (Laporan
tahunan 1988). Program ini terpaksa dihentikan pada Julai 2005 kerana beberapa
7/27/2019 Bos Koperasi
30/90
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
30 DIMENSIkoop
faktor diantaranya tidak mendapat sambutan daripada orang ramai terutama
koperator dan tidak pula mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia kerana
program ini dijalankan secara jarak jauh.
Pada tahun 2008, melalui jalinan kerjasama di antara MKM dan UUM, pihak MKM telah
diberi kebenaran oleh UUM untuk menjalankan satu program ijazah sarjana muda
secara sepenuh masa iaitu Program Kerjasama Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan dengan Kepujian (Bidang Tumpuan) Pengurusan Koperasi. Program
kerjasama ini akan dijalankan di kampus utama MKM di Petaling Jaya dan sesi
pengambilan pertama di mulakan pada sesi Disember 2008 yang lalu.
Objektif utama Program Kerjasama ini dijalankan ialah :-
a. Melahirkan graduan yang memiliki pengetahuan dan kemahiran dari aspek
pengurusan koperasi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang
berkenaan.
b. Menambah peluang pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam
bidang pengurusan koperasi kepada pelajar dalam negara dan luar negara.
c. Mengetengahkan ilmu dan teknik-teknik pengurusan koperasi yang menyeluruh
dan terkini sebagai satu disiplin ilmu untuk dipraktikkan.
d. Membekalkan tenaga mahir dan terlatih dalam bidang pengurusan koperasi
ke arah memantapkan pengurusan koperasi dengan lebih sistematik yang
berdaya saing.
e. Meningkatkan ikatan kerjasama dan persefahaman di antara UUM danMKM.
Pada masa ini program kerjasama ini akan dijalankan secara sepenuh masa di
MKM. Tetapi dalam jangka masa panjang program kerjasama ini boleh dilaksanakan
secara pengajian jarak jauh. Pelaksanaan pengajian jarak jauh sudah boleh diterima
bukan sahaja di negara ini tetapi seluruh dunia sebagai salah satu mod pendidikan
masyarakat. Namun sama ada di negara kita mahupun di peringkat global,
pendidikan jarak jauh masih dianggap sebagai satu inovasi yang masih baru dan
bersifat terkini. MKM perlu menggunakan peluang pendidikan secara jarak jauh untuk
memperkasakan bidang ini supaya selari dengan kehendak pelanggan MKM iaitu
anggota pergerakan koperasi. Pendekatan tradisional yang membawa pelajar ke
MKM untuk mendapatkan ilmu koperasi perlu diubah kepada membawa ilmu koperasi
kepada masyarakat menerusi kaedah ini. Pasarannya lebih luas berbanding kaedah
lama, khususnya bila ia dikaitkan dengan pendidikan berterusan atau pendidikan
sepanjang hayat.
Namun begitu terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi. Cabaran pertama
dalam pendidikan jarak jauh ialah penyediaan pedagogi ilmu koperasi itu sendiri,
kerana ia perlu menarik dan menghambat hati pelanggan. Pedagogi melibatkan
kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran dan interaksi guru-pelajar.
7/27/2019 Bos Koperasi
31/90
31DIMENSIkoop
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
Keduanya penekanan harus diberikan kepada pengayaan interaksi pelbagai
teknologi. Ketiganya penekanan harus diberikan kepada keberkesanan penggunaan
perpustakaan digital atau perpustakaan maya dalam pendidikan jarak jauh.
PENINGKATAN PROFESIONAL PEGAWAI LATIHAN MKM
Perubahan keperluan dan perkembangan dalam pasaran kerja kini menjadikan
MKM sebagai organisasi penjana tenaga kerja koperasi yang dinamik. Cabaran
menghasilkan tenaga kerja koperasi yang profesional dan berkualiti perlu
ditandatangani oleh setiap entiti dalam MKM khasnya Pegawai Latihan yang
dipertanggungjawabkan secara langsung untuk membentuk, memimpin dan
melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing. Bagaimanakah Pegawai
Latihan di MKM mampu menghadapi cabaran untuk mendidik generasi akan datang
supaya menjadi tenaga kerja koperasi yang profesional selain memberi sumbangan
dalam penyelidikan dan perkhidmatan profesional? MKM boleh menyahut cabaran
ini dengan merangka beberapa pendekatan untuk menangani isu ini secara
keseluruhan. Antaranya MKM hendaklah meningkatkan bilangan Pegawai Latihan
yang mempunyai kelayakan akademik diperingkat Sarjana dan Doktor falsafah dalam
pelbagai bidang. Hasrat ini boleh direalisasikan dengan menambahkan peruntukkan
bagi membolehkan Pegawai Latihan MKM melanjutkan pengajian secara sepenuh
masa dan separuh masa. MKM juga boleh menambahkan lagi kursus Pengajaran
dan Pembelajaran untuk setiap Pegawai Latihan. Melalui kaedah ini, setiap Pegawai
Latihan akan mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk
menjadi tenaga pengajar yang berkualiti.
Selain dari itu sebagai satu motivasi dan pengiktirafan kepada setiap Pegawai
Latihan, skim perkhidmatan gred E 41 Pegawai Latihan hendaklah di ubah dan dinaik
taraf kepada skim perkhidmatan pensyarah DS 45 bagi Pegawai Latihan yang sudah
memiliki sarjana. Dengan cara ini ia boleh menggalakkan lagi Pegawai Latihan untuk
meningkatkan taraf kelayakkan akademik dan sebagai satu dorongan atau galakkan
untuk mendapat calon baru.
PENUTUP
Adalah diharapkan pendidikan koperasi di MKM khususnya dan Malaysia amnya
akan terus berkembang maju sejajar dengan peranan koperasi yang akan menjadi
penyumbang utama pendapatan negara. Pendidikan koperasi harus dijadikan
sebagai pemangkin utama kepada pengembangan koperasi di Malaysia.
7/27/2019 Bos Koperasi
32/90
Keperua Tranformsi Dala Kopersi
32 DIMENSIkoop
RUJUKAN
Sufean bin Husin. (2000, September). Agenda politik pembinaan negara dan dasar
pendidikan: Satu imbasan am. Kertas yang dibentangkan dalam Seminar
Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
Tajul Ariffin Nordin. (1988). Konsep Asas Pendidikan Bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise.
Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. Kuala Lumpur:
Malaysia.
Birchall, J. (1994). Co-op: The Peoples Business . Manchester: Manchester University
Press.
Abdul Majid Mohamed, Dato. Gerakan kerjasama di Tanah Melayu dan seberang
laut. (1982). Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.
Nordin bin Hussin. Sejarah, perkembangan dan peranan Maktab Kerjasama Malaysia
sebelum 1967. (1982). Kuala
Top Related