NOTA PENERANGAN R 2007 - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2007_1.pdfatau...

14
SELF ASSESSMENT S SELF ASSESSMENT S SELF ASSESSMENT S SELF ASSESSMENT S SELF ASSESSMENT SYSTEM STEM STEM STEM STEM NO NO NO NO NOT T TA PENERANG A PENERANG A PENERANG A PENERANG A PENERANGAN AN AN AN AN Mesra Membantu Memuaskan esra Membantu Memuaskan esra Membantu Memuaskan esra Membantu Memuaskan esra Membantu Memuaskan R 2007 HAS i L . M A L A Y S I A LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA PENY PENY PENY PENY PENYATA SEKSYEN 1 A SEKSYEN 1 A SEKSYEN 1 A SEKSYEN 1 A SEKSYEN 108 08 08 08 08 AK AK AK AK AKTA CUKAI PEND A CUKAI PEND A CUKAI PEND A CUKAI PEND A CUKAI PENDAP AP AP AP APATAN 1 AN 1 AN 1 AN 1 AN 1967 967 967 967 967

Transcript of NOTA PENERANGAN R 2007 - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2007_1.pdfatau...

Page 1: NOTA PENERANGAN R 2007 - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2007_1.pdfatau mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

SELF ASSESSMENT SSELF ASSESSMENT SSELF ASSESSMENT SSELF ASSESSMENT SSELF ASSESSMENT SYYYYYSTEMSTEMSTEMSTEMSTEM

NONONONONOTTTTTA PENERANGA PENERANGA PENERANGA PENERANGA PENERANGANANANANAN

MMMMMesra Membantu Memuaskanesra Membantu Memuaskanesra Membantu Memuaskanesra Membantu Memuaskanesra Membantu Memuaskan

R 2007

HASiL.M A L A Y S I A LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

PENYPENYPENYPENYPENYAAAAATTTTTA SEKSYEN 1A SEKSYEN 1A SEKSYEN 1A SEKSYEN 1A SEKSYEN 10808080808AKAKAKAKAKTTTTTA CUKAI PENDA CUKAI PENDA CUKAI PENDA CUKAI PENDA CUKAI PENDAPAPAPAPAPAAAAATTTTTAN 1AN 1AN 1AN 1AN 1967967967967967

Page 2: NOTA PENERANGAN R 2007 - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2007_1.pdfatau mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

KANDUNGAN

Muka Surat

PENDAHULUAN 2

MAKLUMAT ASAS SYARIKAT 3

BAHAGIAN I: PENYATA DI BAWAH SUBSEKSYEN 108(5) AKTA CUKAI 3-9PENDAPATAN 1967 BAGI TAHUN TAKSIRAN 2001 DANTAHUN TAKSIRAN BERIKUTNYA

BAHAGIAN II: PENYATA DI BAWAH SEKSYEN 108 AKTA CUKAI PENDAPATAN 9-121967 BAGI TAHUN TAKSIRAN 2000 (BERASASKAN TAHUNSEMASA) DAN TAHUN TAKSIRAN SEBELUMNYA (PERUNTUKANKECUALIAN DAN PERALIHAN)

BAHAGIAN III: PENYATA DIVIDEN DIBAYAR, DIKREDIT ATAU DIAGIHKAN 12DALAM TEMPOH ASAS

PENGAKUAN 12

Page 3: NOTA PENERANGAN R 2007 - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2007_1.pdfatau mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

2

Borang R - Penyata Seksyen 108 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967Untuk Tahun Taksiran 2007

Selaras dengan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri untuk syarikat, mulai tahun taksiran (T/T) 2001, syarikatbermastautin di Malaysia (termasuk syarikat bermastautin di Singapura yang membayar cukai Malaysia)bertanggungjawab:

1. Mengemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (selepas ini disebutkan sebagai KetuaPengarah) dalam tempoh tujuh bulan selepas akaun ditutup, satu penyata seksyen 108 yang menunjukkankredit akaun seksyen 108 (agregat perbandingan) dengan amaun cukai yang dipotong atas dividenyang dibayar, dikredit atau diagih dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran (jumlah perbandingan)serta maklumat lain yang ditetapkan.

Kegagalan mengemukakan penyata seksyen 108 adalah merupakan satu kesalahan dan jika sabitkesalahan boleh dikenakan denda antara RM200 hingga RM2,000 di bawah perenggan 120(1)(g).

Jika dua tempoh akaun menjadi satu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, syarikat hanya perlumengemukakan penyata seksyen 108 bagi tempoh asas berkenaan, tujuh bulan selepas akaun keduaditutup.

2. Membayar kepada Ketua Pengarah amaun lebihan, yang merupakan hutang kepada Kerajaan, jikajumlah perbandingan melebihi agregat perbandingan dalam tempoh yang ditetapkan (due date) iaitudalam tempoh tujuh bulan selepas tarikh tutup akaun.

Kegagalan membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan kenaikan sebanyak 10%atas amaun lebihan tersebut [subseksyen 108(7)].

Jika syarikat gagal mengemukakan penyata seksyen 108 dan didapati telah membayar, mengkreditatau mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandinganadalah melebihi agregat perbandingan (berlaku hutang kepada Kerajaan), maka Ketua Pengarah bolehmengeluarkan permintaan bertulis menuntut syarikat membayar lebihan tersebut bersama kenaikansehingga 100% lebihan tersebut [subseksyen 108(10)].

3. Merekod dan menyimpan semua rekod bayaran di bawah seksyen 107C atau seksyen 103 yang telahdibuat dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan.

4. Melengkapi Bahagian II penyata ini terlebih dahulu (jika ada) kerana jumlah perbandingan untuktempoh asas bagi tahun taksiran 2001 dan tahun taksiran seterusnya hanya akan ditolak daripada kreditseksyen 108 di Bahagian I jika baki kredit seksyen 108 pada 31.12.2000 di Bahagian II telah dikurangkansehingga ‘0’.

[Baki kredit pada 31.12.2000 di Bahagian II adalah baki kredit yang dikira mengikut peruntukansubseksyen 108(6) yang berkuatkuasa sehingga tahun taksiran 2000 (berasaskan tahun semasa)].

5. Borang R yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada:

Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaPusat PemprosesanAras 10-18, Menara CPersiaran MPAJJalan Pandan UtamaPandan IndahKarung Berkunci 1101850990 Kuala Lumpur

Pendahuluan

Page 4: NOTA PENERANGAN R 2007 - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2007_1.pdfatau mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

3

Ruangan Perkara Keterangan

Maklumat Asas Syarikat

Ruangan Perkara Keterangan

1 Baki kredit bawa Ini adalah amaun yang dibawa dari tempoh asas bagi T/T sebelumnyahadapan yang mana agregat perbandingan melebihi jumlah perbandingan.

Untuk tempoh asas bagi T/T 2007, baki kredit bawa hadapan adalahamaun di ruangan 5 Bahagian I Borang R bagi T/T 2006.

2 Kredit bagi Ini adalah jumlah:tempoh asas (cukai dibayar + kredit cukai seksyen 110) - (cukai dibayar balik)

2A Cukai dibayar Ini adalah amaun cukai yang telah dibayar (sama ada dibuat melaluiansuran atau selepas notis taksiran dikeluarkan) dalam tempoh asasbagi suatu T/T tidak termasuk bayaran penalti serta bayaran kepadaLHDNM sebab terlebih menuntut kredit seksyen 110.

Contoh 1: Dilaporkan dalam Borang C T/T 2007

Cukai dikenakan 50,000Tolak: Seksyen 110 56,000

Bayaran balik (6,000)

Taksiran dipinda kerana syarikat telah terlebih menuntut tolakan seksyen110. Pindaan untuk T/T 2007 pada 15.3.2009.

Cukai dikenakan 50,000Campur: Cukai dahulu dibayar

balik 6,000

56,000Tolak: Seksyen 110 (sebenar) 52,000

Cukai kena dibayar kepada LHDNM 4,000

(Walaupun syarikat kena bayar RM4,000, amaun ini tidak diambil kirasebagai cukai dibayar kerana ini adalah berbangkit daripada terlebihmenuntut tolakan seksyen 110 sebelum ini)

a Nama Syarikat Nama syarikat seperti yang didaftarkan di pejabat Suruhanjaya SyarikatMalaysia.

b Nombor Rujukan Nombor rujukan fail cukai pendapatan syarikat.Cukai

c Tempoh Asas Tempoh asas syarikat bagi tahun taksiran berkenaan.Contoh: Dari 01.07.2006 hingga 30.06.2007 (T/T 2007)

d Nombor Nombor pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.PendaftaranSyarikat

BAHAGIAN I: Penyata Di Bawah Subseksyen 108(5) Akta Cukai Pendapatan1967 Bagi Tahun Taksiran 2001 Dan Tahun Taksiran Berikutnya

RM

RM

Page 5: NOTA PENERANGAN R 2007 - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2007_1.pdfatau mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

4

Ruangan Perkara Keterangan

2A(I) Bayaran ansuran Masukkan jumlah ansuran di bawah seksyen 107C yang telah dijelaskandi bawah seksyen dalam tempoh asas berkenaan.107C

Contoh 2:

Syarikat Alam Sdn Bhd. menutup akaun pada 30 Jun. Tempoh asassyarikat bagi T/T 2007 adalah 1.7.2006–30.6.2007.

Ansuran di bawah seksyen 107C ditetapkan sebanyak RM10,000 sebulanbermula pada bulan Ogos 2006 sehingga bulan Julai 2007.

Jika semua ansuran dibayar pada tarikh yang ditetapkan, jumlahansuran sehingga 30.6.2007 (akhir tempoh asas), adalah RM110,000.Maka untuk T/T 2007, amaun yang ditunjukkan di ruangan ini adalahRM110,000.

Ansuran terakhir sebanyak RM10,000 dibayar pada bulan Julai 2007diambil kira dalam tempoh asas 1.7.2007–30.6.2008 bagi T/T 2008.

Catatan:Amaun ini termasuk amaun cukai dibayar balik (lihat ruangan 2F) yangdigunakan sebagai kredit cukai untuk menolak ansuran kena bayartahun semasa. Amaun dan tempoh yang diambil kira adalah sepertiyang ditentusahkan oleh Ketua Pengarah.

2A(II) Bayaran cukai Masukkan amaun baki cukai kena bayar bagi suatu T/T dalam tempohdi bawah asas apabila baki cukai tersebut dijelaskan.subseksyen103(1) Contoh 3 (Lanjutan contoh 2):

Sehingga 30.12.2007, jumlah ansuran yang telah dibayar adalahRM120,000.

Katakan: Cukai kena bayar bagi T/T 2007 adalah RM150,000.

Baki cukai bagi T/T 2007 sebanyak (RM150,000–RM120,000) = RM30,000ini dibayar pada 31.12.2007 mengikut subseksyen 103(1). Maka amaunRM30,000 ini diambil kira dalam tempoh asas 1.7.2007–30.6.2008 untukT/T 2008.

Catatan:Amaun ini termasuk amaun cukai dibayar balik (lihat ruangan 2F) yangdigunakan sebagai kredit cukai untuk menolak cukai kena bayar tahunsemasa. Amaun dan tempoh yang diambil kira adalah seperti yangditentusahkan oleh Ketua Pengarah.

2A(III) Bayaran cukai Amaun ini adalah bayaran cukai/baki cukai yang dibayar mengikutdi bawah notis taksiran yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah tetapi tidak termasuksubseksyen bayaran penalti di bawah subseksyen 112(3) / subseksyen 113(2).103(2)

Contoh 4:

Notis cukai tambahan bagi T/T 2007 dikeluarkan pada 30.3.2009 dengantambahan cukai sebanyak RM20,000 (termasuk penalti subseksyen 112(3)sebanyak RM5,000) dibayar pada 29.4.2009.

Amaun baki cukai yang dibayar sebanyak RM15,000 di bawah subseksyen103(2) akan diambil kira dalam tempoh asas 1.7.2008–30.6.2009(T/T 2009) iaitu apabila cukai tambahan tersebut dijelaskan.

Nota:Bagi kes-kes cukai kebelakangan yang berbangkit daripada kes-kespenyiasatan di mana bayaran pendahuluan telah dibuat (sebelum notistaksiran komposit berkenaan dikeluarkan), jika ada, amaun bayaranpendahuluan tersebut akan dianggap cukai dibayar dalam tempoh asasnotis taksiran berkaitan dikeluarkan.

Page 6: NOTA PENERANGAN R 2007 - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2007_1.pdfatau mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

5

Ruangan Perkara Keterangan

2B Kredit cukai Kredit cukai seksyen 110 adalah cukai dipotong atas dividen yang diterima.seksyen 110 Amaun ini diambil kira dalam tempoh asas dividen diterima terhad

kepada amaun cukai dikenakan atas pendapatan tercukai ditolak rebatdi bawah seksyen 6B dan pelepasan seksyen 132 / seksyen 133 bagiT/T berkenaan.

Amaun cukai dikenakan ini boleh diketahui dengan merujuk kepada pengiraancukai di Borang C T/T berkenaan.

2B(I) Jumlah kredit Amaun ini adalah jumlah cukai dipotong atas semua dividen yangseksyen 110 diterima oleh syarikat dalam tempoh asas tersebut.

Bagi T/T 2007, rujuk ruangan A11 Borang C T/T 2007.

Contoh 5:

Akaun syarikat disediakan bagi tempoh berakhir 31.12.2007, yang jugamerupakan tempoh asas bagi T/T 2007, menerima dividen daripada 2syarikat subsidiari pada 3.6.2007 dan 20.9.2007 dengan jumlah kasarsebanyak RM10,000 dan RM100,000 masing-masing.

Jumlah kredit seksyen 110 yang diambil kira dalam tempoh asas iniadalah cukai dipotong atas kedua-dua dividen iaitu RM2,800 dan RM28,000= RM30,800.

2B(II) Cukai dikenakan Ini adalah amaun cukai yang dikenakan atas pendapatan tercukai. BagiT/T 2007, amaun ini boleh diperolehi daripada ruangan A5A dan A6 BorangC T/T 2007.

2B(II)(a) Rebat seksyen 6B Bagi T/T 2007, amaun ini boleh diperolehi daripada ruangan A9 BorangC T/T 2007.

2B(II)(b) Pelepasan Bagi T/T 2007, amaun ini boleh diperolehi daripada ruangan A13 Borangseksyen 132 C T/T 2007.

2B(II)(c) Pelepasan Bagi T/T 2007, amaun ini boleh diperolehi daripada ruangan A14 Borangseksyen 133 C T/T 2007.

2B(II)(d) Jumlah Ini adalah amaun cukai dikenakan atas pendapatan tercukai ditolakrebat di bawah seksyen 6B dan pelepasan seksyen 132 / seksyen 133.

Amaun yang dimasukkan adalah amaun di ruangan 2B(II) tolak jumlahamaun ruangan 2B(II)(a) hingga 2B(II)(c).

2C Amaun dari Jumlah kredit seksyen 110 yang diambil kira bagi suatu tempoh asasRuangan B(I) tidak boleh melebihi cukai yang dikenakan atas pendapatan tercukaiatau Ruangan ditolak rebat seksyen 6B dan pelepasan sekeyen 132 / seksyen 133 bagiB(II)(d) yang suatu T/T.mana lebihrendah Amaun dimasukkan di ruangan ini adalah amaun dari ruangan 2B(I)

atau 2B(II)(d), yang mana lebih rendah.

Contoh 6:

Amaun 2B(I) adalah RM56,000

Amaun 2B(II)(d) adalah RM53,500

Maka masukkan di ruangan ini RM53,500.

2D Tambahan kredit Amaun ini adalah perbezaan antara kredit cukai seksyen 110 yang barucukai seksyen 110 dengan kredit cukai seksyen 110 yang telah dilaporkan dalam Borang

C bagi T/T berkenaan. Amaun diambil kira dalam tempoh asas tambahandividen dilaporkan kepada Ketua Pengarah.

Page 7: NOTA PENERANGAN R 2007 - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2007_1.pdfatau mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

6

Ruangan Perkara Keterangan

Contoh 7 (Lanjutan contoh 1):

Bagi tempoh asas 1.7.2006–30.6.2007 (T/T 2007), kredit seksyen 110(Borang C T/T 2007 yang dikemukakan pada 31.1.2008) adalah RM56,000(dividen kasar = RM200,000).

Pada 15.3.2009, syarikat memaklumkan tambahan dividen kasar dankredit seksyen 110 bagi T/T 2007 sebanyak RM50,000 dan RM14,000masing-masing.

Tambahan kredit seksyen 110 sebanyak (RM64,000–RM50,000) = RM14,000.Ini ditunjukkan di ruangan ini bagi tempoh asas berakhir 1.7.2008– 30.6.2009(T/T 2009) iaitu dalam tempoh asas tambahan dividen dimaklumkankepada Ketua Pengarah.

[Perhatian:Bukan semua tambahan kredit cukai seksyen 110 bermakna adanyatambahan kredit seksyen 110 untuk tujuan seksyen 108].

Contoh 8 (Lanjutan contoh 7):

Cukai dikenakan 50,000Campur: Cukai dahulu dibayar balik 6,000

56,000

Tolak: Seksyen 110 70,000Bayaran balik tambahan 14,000

Dalam contoh ini, apabila syarikat memaklumkan tambahan dividenpada 15.3.2009, syarikat juga menuntut dan dibenarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang telah dilakukan untuk menghasilkan dividen tersebutmenyebabkan tiada cukai tambahan dikenakan.

Oleh itu, walaupun ada tambahan kredit seksyen 110 yang dituntut bagisuatu T/T, kredit seksyen 110 untuk tujuan seksyen 108 tidak bertambahkerana amaun kredit seksyen 110 yang diambil kira adalah terhad kepadaamaun cukai dikenakan bagi T/T berkenaan.

Contoh 9 (Lanjutan contoh 7):

Pindaan cukai dibuat pada 15.3.2009.

Cukai dikenakan 54,000Campur: Cukai dahulu dibayar balik 6,000

60,000Tolak: Seksyen 110 70,000

Bayaran balik tambahan (10,000)

Dalam kes ini, tambahan kredit seksyen 110 ialah (RM54,000–RM50,000)= RM4,000 (iaitu cukai dikenakan bertambah sebanyak RM4,000).

2E Jumlah Ini adalah jumlah bagi baki kredit bawa hadapan, kredit bagi tempohasas serta tambahan kredit cukai seksyen 110. Campurkan amaun dalamruangan 1, 2A(I) hingga 2A(III), 2C dan 2D.

2F Cukai dibayar Ini adalah amaun cukai yang dibayar balik kepada syarikat dalambalik tempoh asas berkenaan kerana:

(i) ansuran seksyen 107C yang telah dibayar melebihi cukai kenabayar sebenar syarikat; dan/atau

(ii) cukai dikenakan dikurangkan (taksiran kurangan dikeluarkan) yangmana cukai asal telah dibayar oleh syarikat; dan/atau

(iii) cukai yang telah dibayar dan dihapuskira.

RM

RM

Page 8: NOTA PENERANGAN R 2007 - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2007_1.pdfatau mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

7

Ruangan Perkara Keterangan

(Ini tidak termasuk pembayaran balik bagi kredit seksyen 110 yangmelebihi cukai dikenakan bagi suatu T/T).

2F(I) Cukai dibayar Ini adalah amaun bayaran balik kerana jumlah ansuran di bawahbalik untuk tahun seksyen 107C melebihi cukai sebenar bagi suatu T/T.taksiran sebelum

Contoh 10:

Syarikat Bumi Sdn Bhd menutup akaun pada 30 Jun. Bagi T/T 2007,syarikat telah membayar ansuran sebanyak RM10,000 sebulan. Pada30.12.2007, syarikat mengemukakan Borang C ke LHDNM dan cukai kenabayar yang sebenar adalah RM100,000.

Amaun yang terlebih bayar (ruangan B4, Borang C bagi T/T 2007) iaituRM20,000 dianggap dibayar balik pada 30.12.2006 (tarikh Borang CT/T 2007 dikemukakan) dan diambil kira dalam tempoh asas 1.7.2007–30.6.2008.

2F(II) Cukai terlebih Ini adalah amaun cukai yang dikurangkan apabila notis taksiran kuranganbayar disebabkan dikeluarkan dan diambil kira dalam tempoh asas notis tersebuttaksiran pindaan dikeluarkan. Amaun cukai kurangan ini boleh diperolehi daripada notis

kurangan bagi T/T berkenaan.

Contoh 11:

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember.

Cukai asal T/T 2007 yang disifatkan ditaksir pada 30.7.2008 sebanyakRM300,000 telah dijelaskan mengikut seksyen 107C dan subseksyen103(1).

Cukai kurangan T/T 2007 dikeluarkan pada 6.6.2009 dengan cukai yangdikurangkan sebanyak RM23,000.

Amaun di ruangan ini adalah amaun cukai yang dikurangkan iaitu RM23,000diambil kira dalam tempoh asas bagi T/T 2008 iaitu apabila notis taksirankurangan dikeluarkan.

Jika cukai asal tidak dijelaskan semuanya, amaun yang dikurangkanakan dipinda dengan mengambil kira amaun yang belum dijelaskan.

Contoh 12 (Lanjutan contoh 11):

Cukai asal T/T 2007 ialah RM300,000 tetapi hanya RM280,000 dijelaskan

Pindaan dibuat pada 6.6.2009 dengan cukai dikenakan sebanyak RM270,000sahaja. Cukai yang dikurangkan adalah RM30,000 tetapi syarikat akandibayar balik RM10,000 sahaja iaitu RM280,000– RM270,000

Dalam kes ini amaun yang diambil kira di ruangan ini bagi T/T 2008 adalahRM10,000.

Contoh 13 (Lanjutan contoh 11):

Cukai asal T/T 2007 ialah RM300,000 tetapi hanya RM250,000 dijelaskan.

Pindaan dibuat pada 6.6.2009 dengan cukai dikenakan RM270,000. Cukaidikurangkan adalah RM30,000 tetapi syarikat tidak akan dapat sebarangbayaran balik malah syarikat dikehendaki membayar baki cukai yangbelum dijelaskan sebanyak RM20,000.

Dalam kes ini, amaun yang diambil kira di ruangan ini bagi T/T 2009adalah ‘0’.

2F(III) Kurangan kredit Ini berlaku jika syarikat mendapati bahawa pendapatan dividen seperticukai seksyen 110 dilaporkan di Borang C bagi suatu T/T adalah melebihi jumlah dividen

sebenar, yang mana amaun kredit seksyen 110 sebenarnya adalahkurang daripada amaun yang telah dituntut.

Page 9: NOTA PENERANGAN R 2007 - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2007_1.pdfatau mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

8

Perbezaan antara kredit seksyen 110 yang dituntut di Borang C bagiT/T tersebut dengan kredit seksyen 110 yang dipinda adalah amaunkredit yang dikurangkan dan diambil kira dalam tempoh asas bagi T/Tapabila pindaan tersebut dibuat.

Contoh 14 (Lanjutan contoh 1):

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember.

Pada 15.3.2009, pindaan cukai dibuat sebab syarikat terlebih menuntutseksyen 110 sebanyak RM5,000

Cukai dikenakan 45,000Campur: Cukai dahulu dibayar balik 6,000

51,000Tolak: Seksyen 110 51,000

Cukai dikenakan Tiada

Kurangan kredit dalam akaun seksyen 108 ialah RM5,000 (cukai asalRM50,000 tolak cukai dipinda RM45,000), sama dengan kurangan kreditseksyen 110, diambil kira dalam tempoh asas bagi T/T 2009.

2F(IV) Cukai yang Ini adalah cukai bagi T/T 2001 dan berikutnya yang telah dibayar dantelah dibayar dihapuskira. Ia hendaklah diambil kira dalam tempoh asas di manadan dihapuskira kelulusan hapuskira cukai diperolehi.

Contoh 15:

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember. Bagi Tahun Taksiran 2006cukai sejumlah RM130,500 yang telah dibayar seperti berikut telahdihapuskira dan dimaklumkan kepada syarikat pada 15.7.2007.

• Ansuran di bawah seksyen 107C RM10,000 sebulan bagi tempohFebruari 2005 - Januari 2006.

• Baki cukai sejumlah RM10,500 dibayar pada 31 Ogos 2006.

Amaun yang perlu di catat di ruangan ini ialah RM130,500 (diambil kiradalam tempoh asas bagi Tahun Taksiran 2007).

2G Agregat Ini adalah kredit akaun seksyen 108 yang ada yang membolehkanPerbandingan syarikat membayar, mengkredit atau mengagih dividen dalam suatu

tempoh asas.

Amaun ini adalah amaun di ruangan 2E tolak jumlah ruangan [2F(I)hingga 2F(IV)] di mana jumlah ruangan 2F(1) hingga 2F(IV) adalahterhad kepada jumlah di ruangan 2E.

Contoh 16:

Syarikat A mempunyai baki kredit bawa hadapan bagi T/T 2006 = 0.Bagi T/T 2007,

Cukai dibayar = 5,000Kredit cukai seksyen 110 = 0Maka jumlah ruangan 2E = 5,000Jika cukai dibayar balik di ruangan 2F = 10,000Maka agregat perbandingan = RM5,000 (Terhad kepada jumlah diruangan 2E)

3 Jumlah Ini adalah:Perbandingan – Cukai ditolak daripada dividen yang dibayar, dikredit atau diagih

dalam tempoh asas (selepas 31.12.2000) dengan syarat kesemua kreditseksyen 108 pada 31.12.2000 (lihat Bahagian II) telah habis digunakan;

Ruangan Perkara Keterangan

RM

RM

Page 10: NOTA PENERANGAN R 2007 - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2007_1.pdfatau mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

9

Ruangan Perkara Keterangan

ATAU

Amaun yang dipindahkan dari ruangan 14 Bahagian II (jika ada). Iniberlaku jika cukai yang dipotong atas dividen yang dibayar, dikreditatau diagih dalam tempoh asas bagi T/T berkenaan tidak dapatdiserap oleh baki kredit di Bahagian II.

Contoh 17:

Syarikat Murni Sdn. Bhd. menutup akaun pada 30 Jun setiap tahun.Tempoh asas bagi T/T 2007 adalah 1.7.2006–30.6.2007.

Amaun jumlah perbandingan bagi T/T 2007 bagi syarikat adalah atasdividen yang dibayar, dikredit atau diagih dalam tempoh 1.7.2006 hingga30.6.2007.

4 Amaun Ini adalah amaun yang dipindahkan dari ruangan 11 Bahagian II.dipindah dari Amaun yang dipindahkan adalah terhad kepada lebihan antara agregatruangan 11 perbandingan dengan jumlah perbandingan.Bahagian II(jika ada) Lihat ruangan 11, Bahagian II untuk keterangan lanjut.

Contoh 18:

Agregat perbandingan (ruangan 2G) = 100,000Jumlah perbandingan (ruangan 3) = 80,000Lebihan antara ruangan 2G dengan ruangan 3 = 20,000Amaun di ruangan 11 Bahagian IIadalah RM25,000.Amaun dipindahkan adalah terhad kepada = 20,000Baki kredit hantar hadapan = 0

Baki sebanyak RM5,000 yang tidak dipindahkan akan dituntut mengikutseksyen 25, Peruntukan Peralihan dan Kecualian Akta Cukai Pendapatan(Pindaan) 1967 [Akta A1093]. Notis permintaan akan dikeluarkan olehLHDNM.

5 Baki kredit Jika agregat perbandingan melebihi jumlah perbandingan darihantar hadapan Ruangan 11, Bahagian II. (Lebihan ruangan 2G tolak ruangan 3

dan ruangan 4)

6 Hutang kepada Amaun ini adalah jumlah perbandingan di ruangan 3 melebihi agregatKerajaan perbandingan di ruangan 2G.

Syarikat perlu membayar amaun ini selewat-lewatnya 7 bulan selepastarikh tutup akaun.

1 Baki kredit bawa Ini adalah baki kredit seksyen 108 yang dibawa daripada tahun sebelum.hadapan Bagi T/T 2007, amaun ini adalah seperti yang ditunjukkan di ruangan

14 Bahagian II Borang R T/T 2006.

2 Pelarasan baki Ini terpakai bagi syarikat yang menunjukkan baki kredit bawa hadapankredit seperti di ruangan 1 Bahagian II dalam Borang R bagi T/T 2001 berdasarkanpengesahan pengiraan syarikat tanpa mendapat pengesahan oleh Ketua Pengarah.Ketua Pengarah Amaun ini adalah perbezaan antara amaun baki kredit bawa hadapan

yang disahkan oleh Ketua Pengarah dengan baki kredit yang telahditunjukkan oleh syarikat bagi T/T 2001 berkenaan (jika ada).

Ruangan Perkara Keterangan

BAHAGIAN II: Penyata Di Bawah Seksyen 108 Akta Cukai Pendapatan 1967Bagi Tahun Taksiran 2000 (Berasaskan Tahun Semasa) Dan TahunTaksiran Sebelumnya (Peruntukan Kecualian Dan Peralihan)

RM

Page 11: NOTA PENERANGAN R 2007 - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2007_1.pdfatau mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

10

3 Baki kredit yang Ini adalah jumlah amaun ruangan 1 dan ruangan 2.dilaraskan[Ruangan 1ditambah atauditolak Ruangan 2]

4 Pelarasan cukai Ruangan ini terpakai kepada syarikat yang telah mengambil kira cukaidikenakan bagi kena bayar mengikut pengiraan sendiri bagi sesuatu T/T sebagai kredittaksiran asal untuk cukai disemak semula pada 31.12.2000 (telah diambil kira di ruangantahun taksiran 2, Bahagian II Borang R bagi T/T 2001). Amaun ini adalah perbezaan2000 (berasaskan cukai dikenakan (jika ada) berbangkit daripada amaun cukai dikenakantahun semasa) mengikut pengiraan syarikat dengan amaun cukai dikenakan mengikutdan tahun taksiran pengiraan Ketua Pengarah [diambil kira dalam tempoh asas bagi T/Tsebelumnya apabila taksiran berkenaan dibangkitkan].

Jika amaun cukai dikenakan mengikut pengiraan Ketua Pengarah adalahkurang daripada amaun cukai mengikut pengiraan syarikat, makaperbezaan amaun cukai dikenakan ini hendaklah ditunjukkan dengantanda ‘–’.

Contoh 19:

Tempoh asas syarikat adalah berakhir pada 31 Disember.

Cukai dikenakan bagi T/T 2000 mengikut pengiraan syarikat yangtelah diambil kira di ruangan 2, Bahagian II Borang R bagi T/T 2001adalah RM160,000.

Taksiran yang hanya dibangkitkan oleh Ketua Pengarah pada 21.3.2007menunjukkan cukai dikenakan sebanyak RM155,000.

Pelarasan yang perlu dibuat adalah:

RM155,000 – RM160,000 = – RM5,000

Tunjukkan – RM5,000 di ruangan ini.

5 Taksiran asal/ Ruangan ini bagi mencatatkan amaun cukai dikenakan bagi taksirantambahan bagi asal dan taksiran tambahan bagi T/T sebelum T/T 2001, yang dibangkitkantahun taksiran dalam tempoh asas bagi T/T semasa, diambil kira dalam tempoh asas2000 (berasaskan notis taksiran bagi T/T berkenaan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.tahun semasa)dan tahun taksiran Cukai dikenakan bagi taksiran asal yang diambil kira di ruangan inisebelumnya, yang adalah jika Borang C bagi T/T berkenaan dikemukakan selepasdibangkitkan 31.8.2001.dalam tempohasas bagi tahun Contoh 20:taksiran semasa

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun.

Borang C T/T 2000 berasaskan tahun semasa dikemukakan kepadaKetua Pengarah pada 15.2.2007.

Taksiran bagi T/T 2000 ini dibangkitkan pada 30.4.2007, maka amaunini akan ditunjukkan di ruangan 5 dalam tempoh asas bagi T/T 2007.

Contoh 21:

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun.Taksiran tambahan bagi T/T 2000 (STTS) dibangkitkan pada 10.10.2007.

Cukai asal dikenakan 30,000Cukai dipinda (taksiran tambahan) 50,000

Cukai tambahan/Kredit tambahan 20,000

Ruangan Perkara Keterangan

RM

Page 12: NOTA PENERANGAN R 2007 - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2007_1.pdfatau mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

11

Ruangan Perkara Keterangan

Kredit tambahan RM20,000 diambil kira di ruangan ini dalam tempohasas bagi T/T 2007. Pengiraan taksiran tambahan juga adalah selepasditolak kredit seksyen 6B dan pelepasan seksyen 132 / seksyen 133.

Bagi kes cukai kebelakangan yang berbangkit daripada penyiasatan,amaun yang diambil kira dan ditunjukkan di ruangan ini adalah:

Tambahan kredit - keseluruhan cukai dikenakan

Tahun taksiran - T/T terakhir kes kebelakangan tersebut.

Contoh 22:

Syarikat menutup akaunnya pada 31 Disember setiap tahun.

Satu taksiran komposit dikeluarkan untuk T/T 1993 sehingga T/T 2000pada 22.11.2007 berjumlah RM550,000 yang terdiri daripada cukai dikenakanRM400,000 dan penalti sebanyak RM150,000.

Untuk Borang R bagi T/T 2007, amaun yang ditunjukkan di ruangan iniadalah seperti berikut:

Tahun Taksiran Tambahan Kredit

2000 RM400,000

6 Jumlah tambahan Jumlahkan amaun di ruangan 5(I) hingga 5(VI).kredit

7 Baki Jumlahkan amaun-amaun di ruangan 3, 4 dan 6.

8 Taksiran kurangan Ruangan ini adalah bagi mencatatkan amaun cukai dikenakan yangbagi tahun taksiran dikurangkan bagi T/T 2000 ( berasaskan tahun semasa ) dan T/T2000 (berasaskan sebelumnya yang dibangkitkan dalam tempoh asas bagi T/T semasa.tahun semasa)dan tahun taksiran Kurangan kredit ini diambil kira dalam tempoh asas bagi suatu T/Tsebelumnya, yang di mana notis taksiran kurangan tersebut dikeluarkan.dibangkitkandalam tempoh Amaun ini t idak termasuk penalti di bawah subseksyen 112(3)asas bagi tahun / subseksyen 113(2) yang dikurangkan, jika ada.taksiran semasa

Contoh 23:

Syarikat menutup akaun pada 30 Jun.

Cukai asal untuk T/T 2000 tahun semasa ialah RM25,000.

Cukai pindaan dikeluarkan pada 10.8.2007 ialah RM20,000.

Jumlah kurangan kredit sebanyak RM5,000 diambil kira dalam tempohasas bagi T/T apabila notis taksiran kurangan dikeluarkan iaitu T/T2008. (tempoh asas 1.7.2007–30.6.2008).

9 Cukai dihapuskira Ini adalah cukai yang dihapuskira bagi tahun taksiran sebelumT/T 2001. Ia hendaklah diambil kira dalam tempoh asas di manakelulusan hapuskira cukai diperolehi.

Contoh 24:Syarikat menutup akaun pada 31 Disember. Cukai T/T 1998 sejumlahRM265,300 telah dihapuskira dan dimaklumkan kepada syarikat melaluisurat bertarikh 28.9.2007.

Amaun yang perlu dicatat diruangan ini ialah RM265,300 (diambil kiradalam tempoh asas bagi Tahun Taksiran 2007).

Page 13: NOTA PENERANGAN R 2007 - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2007_1.pdfatau mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

12

Ruangan Perkara Keterangan

10 Jumlah kurangan Jumlahkan amaun di ruangan-ruangan 8(I) hingga 8(VI) dankredit ruangan 9.

11 Hutang kepada Ini berlaku apabila jumlah kurangan kredit melebihi baki disemak semulaKerajaan iaitu amaun di ruangan 10 melebihi amaun di ruangan 7.

Sebagai satu konsesi, pindahkan amaun lebihan ini ke ruangan 4Bahagian I jika baki di ruangan 2H Bahagian I adalah baki kredit. Inimembolehkan hutang kepada Kerajaan ini diserapkan oleh kredit seksyen108 tersebut, jika ada.

Contoh 25:

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun.

Baki di ruangan 7 adalah RM45,000.

Taksiran kurangan bagi tahun taksiran 1999 dikeluarkan pada30.10.2007 dengan cukai kurangan sebanyak RM48,000(ruangan 10).

Oleh kerana amaun cukai dikurangkan (jumlah kurangan kredit) melebihibaki sebanyak (RM48,000 – RM45,000) = RM3,000, maka catat RM3,000di ruangan ini.

Jika syarikat tidak mempunyai baki kredit di ruangan 2G, Bahagian I,hutang kepada Kerajaan ini perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari daritarikh notis permintaan seksyen 108 diserahkan kepada syarikat.

12 Baki disemak Ini berlaku apabila baki di ruangan 7 melebihi jumlah kurangan kreditsemula di ruangan 10.

13 Jumlah Ini adalah jumlah cukai dipotong atas dividen yang dibayar, dikreditperbandingan atau diagih oleh syarikat dalam tempoh asas selepas 31.12.2000 (bagi

T/T 2001 dan T/T berikutnya).

14 Amaun dipindah Jika jumlah perbandingan di ruangan 13 melebihi baki disemak semulake Ruangan 3 di ruangan 12, perbezaannya ditunjukkan di sini dan ditunjukkanBahagian I juga di ruangan 3 Bahagian I.

15 Baki kredit hantar Jika baki disemak semula di ruangan 12 melebihi jumlah perbandinganhadapan di ruangan 13, perbezaannya ditunjukkan di sini dan akan ditunjukkan

sebagai baki bawa hadapan untuk T/T berikutnya.

Bahagian ini menyenaraikan pembayaran-pembayaran dividen yang dibuat oleh syarikat dalam suatutempoh asas bagi suatu tahun taksiran. Nyatakan jumlah cukai telah dipotong atau dianggap telah dipotongdi ruangan (c).

Pengakuan ini hendaklah dibuat oleh pemegang jawatan dalam syarikat yang dinamakan dalam subseksyen75(1) ACP 1967. Penyata yang tidak diperakui dan ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan akandikembalikan kepada syarikat. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengembalikan semulapenyata tersebut kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

BAHAGIAN III: Penyata Dividen Dibayar, Dikredit Atau Diagihkan DalamTempoh Asas.

AKUAN

Page 14: NOTA PENERANGAN R 2007 - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2007_1.pdfatau mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

13

UNTUK PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:-Cawangan LHDNM Berhampiran AndaTalian Utama : 1-300-88-3010Talian Utama - Panggilan Dari Luar Negara : 603-4289-3500Laman Web : http://www.hasil.org.myLaman Web e-Filing : https://e.hasil.org.myAlamat e-mel : [email protected]