Presentation Karya Moden 'Juara'

download Presentation Karya Moden 'Juara'

of 54

Transcript of Presentation Karya Moden 'Juara'

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    1/54

    ANALISIS KARYA MODEN:

    NOVEL ‘JUARA’

    ANALISIS KARYA MODEN:

    NOVEL ‘JUARA’ 

    NAMA

     

    NO MATRIK

     

    SUPARDI BIN LASUPU

     

    D20131063328

     NURUL RAFINA BT RUZUWAN

     D20131063329

     

    NUR FATIN BT MOHD ZALI

     

    D20131063291

     

    NORERMA FARHANA BT ABD KADIR

     

    D20131063264

     

    NIK NUR AMIRA BINTI NIK RAZALI

     

    D20131063229

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    2/54

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    3/54

    PENGENALAN

    • ‘Juara’ ialah novel kelima Syed Othman Al Yahya

    atau dikenali sebagai S.Othman Kelantan

    (Sasterawan Negara).

    • ‘Juara’ mengambil latar masyarakat Melayu

    (Selatan Siam dan Kelantan).

    • Terbitan pertama pada tahun 1976.

    • Telah diadaptasi kepada filem bertajuk ‘Jogho’ oleh

    U-Wei Hj. Shaari.

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    4/54

    SINOPSIS• ‘Juara’ mengisahkan Mamat dan anak-anak buahnya yang terdiridaripada Mat San, Jali, Seli, Sani dan Salim yang kematian rakan

    seperjuangan mereka , iaitu Abang Lazim kerana ditembak mati selepasmereka memenangi laga lembu. Mamat merupakan ahli politik yangmeletak jawatan setelah gagal dalam pilihan raya sebanyak dua kali.Setelah kalah dalam politik di Kelantan, Mamat berpindah ke Siam danmula mendekati laga lembu. Mamat sebenarnya ingin menuntut belaatas kematian sahabatnya, Abang Lazim. Dipercayai dilakukan oleh Pak

    Isa, Dollah Munduk dan kumpulan mereka yang tidak berpuas hatidengan kemenangan yang dicapai oleh Abang Lazim dan Mamat. Selepaskematian Abang Lazim, Mamat mula melatih Aral yang merupakanlembu muda. Seterusnya, Aral beradu dengan seekor lembu dari PulauLonel yang merupakan lembu Pak Isa. Sebelum berlaku pertarungan

     juara tersebut, Pak Isa telah membuat persediaan yang rapi terhadap

    lembunya dengan membaluti tanduk lembu dengan besi agar lebih tajamdengan tujuan ingin membunuh Aral. Namun, yang berlaku pada haritersebut bukanlah laga lembu, tetapi pertarungan hebat antara Pak Isadengan Mamat. Pertelingkahan telah diakhiri dengan kematian Pak Isa

     yang mati ditembak oleh Mamat di hadapan semua penyokong lagalembu.

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    5/54

    PEMIKIRAN DALAMNOVEL ‘ JUARA’

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    6/54

    PENGENALAN

    • Menurut S.Othman Kelantan (1997:269), pemikiran bermaksud

    idea yang wujud daripada golongan intelektual yang

    menggunakan kritikan dalam mindanya untuk memikirkan

    sesuatu masalah dalam masyarakatnya. Pemikirannya

    disebarkan ke dalam atau ke luar lingkungan masyarakatnya.

    • Pemikirannya bermula dengan idea, yang kemudiannya

    dimatangkan pengarang menjadi subjek, akhirnya menjadi buah-buah fikiran yang bernas dan signifikan.(Mohd Rashid

    Idris et.al, 2014)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    7/54

    1. PERJUANGAN DALAM POLITIK DEMIKEMERDEKAAN

    • Mamat serta sahabatnya menuntut daripada British untuk

    diadakan pilihan raya bagi membuktikan bahawa mereka

    mahukan kemerdekaan.

    • Pilihan raya telah diadakan namun Mamat tidak menjadi

    calon dan Parti Persatuan Melayu menang besar.

    • Selepas kemerdekaan dicapai, pilihan raya diadakan lagi dan

    Mamat telah menjadi calon. Mamat telah kalah.• Mamat telah berjanji untuk bersara daripada dunia politik.

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    8/54

    2. SISTEM POLITIK DALAM LAGA LEMBU

    • Tindakan Mamat yang masih berlaga lembu

    untuk kembali menjadi juara itu merupakan

    suatu manifestasi protesnya terhadap nostalgia

    politiknya di tanah tumpah darahnya.

    “gelanggang politk dengan gelanggang lembu itu tidak jauh bezanya dengan

     praktik. Lembu itu pun sama dengan politik, sama-sama diperjudikan. Kalau

    lembu itu kalah, orangnya pun kalah.Kalau politk kalah, orangnya pun

    kalah.Politik itu lembu.Dan lembu itu politik!” 

    (Juara:71

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    9/54

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    10/54

    “Jusuh adalah diri dia sendiri.Kegagalan dia memberi

     pelajaran, ertinya kegagalan jusuh untuk menjadi manusia.

    Kegagalan dia menanam otak ke dalam anak laki-lakinya

    yang seorang ini, akan hilang semua keturunan yangselamanya dikenal sebagai pejuang. Sekalipun

     perjuangannya tidak pernah dikenang walau seurat

    benangpun”

    (Juara:38)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    11/54

    4. SOSIO BUDAYA MELAYU DIDAERAH SELATAN THAILAND

    • S.Othman Kelantan telah mewujudkan jambatan kritikan

    sosial, sama ada secara halus atau secara nyata.

    • Sosiobudaya Melayu seperti “berjudi laga lembu” yang

    kurang disenanginya dikritik secara terbuka.

    • Tradisi perlagaan Lembu yang ditonjolkan yang merupakan

    suatu aktiviti riadah serta hiburan bagi warga Thailand di

    sana.

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    12/54

    FALSAFAH DALAMNOVEL ‘JUARA’

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    13/54

    Menurut Seri Lanang Jaya (at.el) 2016, Falsafah

     bermaksud cinta kepada ilmu dan kebenaran.

    Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti

    pemikiran yang tertinggi dan bertujuan untuk mendapat

    kebenaran. Tegasnya, berfalsafah ialah mencari

    kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang

    segala sesuatu yang dimasalahkan dengan berfikir secara

    radikal,sestematik dan sejagat.

    Di antara bidang falsafah yang diberi penekanan ialah

    etika, metafizika, sejarah, sosial, ekonomi, kosmologi,

    politik dan logik, pendidikan dan pengajaran

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    14/54

    1. POLITIK DAN KEKUASAAN

    • Aspek falsafah yang paling banyak dalam Novel Juara karya

    S. Othman Kelantan ialah falsafah berkaitan dengan politik

    dan kekuasaan. Hal ini demikian kerana sepertimana yang

    kita ketahui, novel ini sendiri adalah merupakan satira politk

     yang mengisahkan Mamat sebagai watak utama. Mamat

    merupakan orang politik yang meletak jawatan atau

    melarikan diri setelah dua kali gagal dalam pilihan raya

     walaupun beliau merupakan antara orang yang kuat dalam

    usaha mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    15/54

    2. SOSIAL (KEHIDUPANMASYARAKAT)

    • Juara mengisahkan mengenai masyarakat Melayu yang

    tinggal di Bangnara, Siam yang bersempadan dengan

    Kelantan. Di Bangnara, kegiatan masa lapang orang

    lelakinya ialah berlaga lembu. Mamat sendiri merupakan

    seorang yang selalu berlaga lembu sehinggakan dia digelar

    ‘Pahlawan Lembu’ dan ‘Juara’. Mamat memberikan perhatian

     yang lebih kepada lembunya berbanding isteri dan anak-

    anaknya sendiri.

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    16/54

    EKONOMI

    • Dari aspek ekonomi pula, penulis turut menggambarkan

    keadaan di mana Mamat yang bergantung pendapatan dengan

    cara yang salah iaitu dengan mengharapkan wang

    kemenangan dari judi berlaga lembu. Hal ini dibuktikan

    melalui petikan :

    “Dia (Mamat) bangga dengan kemenangannya sebagai pahlawan

    lembu. Julukan itu tidak ada apa-apa hinanya di daerah ini. Nama

     julukan itu memudahkan dia mendapat wang dari mana sahaja. Bila-

     bila!”

    (Juara :30-31)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    17/54

    NILAI BUDAYA

    DANPANDANGAN HIDUP

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    18/54

    Ni!i B"#!$!

    • Budaya dikatakan berasal daripada perkataan bahasa

    Sanskrit yakni buddayah yang diinovasikan daripada kata

     jamak buddhi yang membawa maksud budi pekerti dan akal

    manusia. Budaya merupakan sebuah elemen yang hanya

    membahasakan berkenaan aspek budi dan akal manusia.

     Jika diungkap dari segi luarnya pula, budaya dapat diertikan

    sebagai segala sesuatu yang dibawa atau dilakukan oleh

    manusia.

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    19/54

    1. Ni!i %&'"!*! #!!+ #i'i

    • Semangat perjuangan dalam diri ditunjukkan dalam novel ini

    menerusi watak Pak Mat. Semangat perjuangan dalam diri

    seseorang mendorong individu tersebut dalam mencapai

    sesuatu yang diingini.

    .

    “Mamat kembali ke dalam dadanya. Kedalam ingatannya

    .Dia sedang berjuang sekarang. Perjalanannya ialah perjalanan orang yang berjuang”….

    ( Juara: 29)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    20/54

    2. Ni!i ,&-"**"! #!!+ #i'i

    • Nilai kesungguhan dalam diri perlu ada untuk mencapai

    sesuatu matlamat yang diingini.

    “Dalam kepala Jali ternampak kesungguhan jaguh tua ini dalam mengawal

    dan melatih lembu-lembu adu. Di teringat bagaimana Mamat berhai-hari,

    berminggu-minggu melatih dan menggalakkan Calet sebelum masuk bong.

    Di teringat bagaimana suatu hari perut Mamat hampir-hampir robekditanduk oleh Calet”.

      (Juara : 41-42)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    21/54

    /. Ni!i !+!!

    • Sifat amanah ialah sifat yang ada dalam diri

    seseorang ke atas perkara, janji atau pesanan

     yang diberikan kepadanya untuk sesuatu hal yang

    penting dengan adanya kepercayaan yang tinggi

    kepada individu tersebut.

    “Jusuh akan belajar sungguh-sungguh, ayah. Dia hampir-hampir meraung

    mendengar ikrar tidak sengaja anaknya yang bongsu itu.Tunggal laki-laki”.

     ( Juara: 32)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    22/54

    P!#!*! Hi#"%

    • Pandangan hidup merupakan pendapat atau pertimbangan

     yang dijadikan pegangan, pedomanan, arahan, petunjuk

    manusia yang hidup di muka bumi ini. Pendapat atau

    pertimbangan itu hasil daripada pemikiran manusia berdasarkan pengalaman sejarah menurut waktu dan tempat

    hidupnya.

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    23/54

    1. K!-i -!$!* $!* 0i**i0&'!#!% '!,! -&%&'"!*!

    • Mamat sangat mennyayangi rakannya, iaitu abang Lazim.

    Mereka berkongsi hidup bersama dalam perjuangan laga

    lembu. Walaupun abang Lazim sudah tiada, namun

    perjuangan dalam melaga lembu itu tetap diteruskan olehMamat sebagai simbolik dalam meneruskan legasi pejuangan

    mereka.

    “Dia baru pulang daripada meratib arwah Abang Lazim. Dia sebenarnyaamat terasa kehilangan manusia seorang itu. Dia kehilangan sesuatu yang

    sangat berharga. Harga itu ialah kewibawaan Abang Lazim selama

    hayatnya.” (Juara: 49)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    24/54

    2. H"0!* #!'! #i!$!' #!'!

    • Kematian Abang Lazim begitu terasa oleh Mamat

    sehingga menyimpan rasa dendam pada dirinya untuk

    membalas kematian rakan seperjuangannya yang tiada

    gantinya itu. Bagi Mamat, kematian Abang Lazim harus

    dibayar dengan nyawa kerana keadilan harus

    ditegakkan.

    “Tiba-tiba Mamat merasakan dia sangat rakus. Sangat tamak. Mengapa

    semuanya sekali mesti mati? Kemudian dengan penuh jengkel, dia

    membenarkan. Pak Isa mesti mati. Dolah Munduk mesti mati. Beberapa

    orang lain mesti mati” .(Juara: 111)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    25/54

    /. B&'%&*!* %!#! !i

    • Perkara ini dilihat apabila Mamat bersumpah janji dengan

    perjuangan politiknya. Beliau berhasrat untuk tidak lagi

    terlibat dalam dunia politik sekiranya kalah dalam pilihan

    raya seterusnya. Perkara tersebut ditunaikan apabila beliau

    kalah pada pilihan raya seterusnya dan terus bersara dalamdunia politik.

    “Saya sudah sangat tua dalam perjuangan. Sebab itu saya lemah. Kerana

    lemah, tenaga saya tidak diperlukan lagi. Rakyat telah menolak saya.

    Perjuangan masih perlu. Tapi apa boleh buat. Rakyat sendiri menentukan

    kedudukan”.

    (Juara : 17-18)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    26/54

    4. Ti#!, "%! #&*! !-! "-"

    • Mamat merupakan seorang anak jati Kelantan. Walaupun

     beliau telah kalah dalam pilihan raya yang menyatakan

     bahawa beliau tidak lagi diterima oleh rakyat disitu, namun

     beliau tetap pulang setelah lama meninggalkan kawasan

    kampungnya itu bertahun- tahun.

    “Sekarang dia kembali. Akan tetapi, dia tidak merasa kekembalianya

    sebagai pahlawan yang diasingkan bertahun-tahun di luar negeri, yangdisambut kepulangannya dengan ribuan rakyat. Tidak. Dia hanya berasa

    kepulangannya hanya sebagai sebuah sisa daripada suatu daging yang

    lemah dan separuh busuk dan hampir hancur”.

    (Juara : 25)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    27/54

    , i

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    28/54

    1. K&%&*!'!*! &',!i0!#&*! K&!*!+!!

    • Kepengarangan S. Othman bukan sahaja menumpukan

    persoalan politik masyarakat tradisi tetapi berkaitan juga

    dengan keagamaan.

    • Dalam novel ini, Mamat sentiasa menunaikan solatnya dan

    sentiasa berzikir. Perkara ini juga turut dilakukan oleh ahli

    keluarganya.

    “Kemudian, Lebai Syukur memulakan zikir. Mamat ikut berzikir

    sungguh-sungguh. Dia mengharapkan pahala zikir dan bacaan ayat-ayat

    suci al-Qurannya akan diterima Allah seratus persen untuk arwah AbangLazim”.

    (Juara : 18)

    2 P T , i, M

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    29/54

    2. P&**"!! T&,i, M*D!!+!

    • Melalui novel ini, pengarang banyak menggunakan teknik

    monolog dalaman.

    • Monolog dalaman bermaksud kata-kata yang terucap di

    dalam hati sahaja tanpa didengari oleh orang lain.

    • Keadaan ini banyak berlaku terhadap Mamat. Dia seorang

     yang memendam perasaan hanya dirinya sahaja yang

    merasainya.

    “Pasti! Dia memutuskannya dalam hati. Sesuatunya harus berjalan

    dengan berpadanan. Mengapakah kerana kalah harus membunuh

    orang? Inilah sikap Pak Isa. Inilah! Kata Mamat dalam hati”.

    (Juara:29)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    30/54

    /. P&**"!! T&,i, I+!-K&+!i

    • Pengarang banyak menerapkan teknik ini terutama pada

     watak utama dalam novel ini.

    • Imbas kembali bermaksud mengingati kembali peristiwa

     yang telah dilalui atau menceritakan semula keadaan atau

    situasi yang berlaku dalam kehidupan seseorang.

    “Mamat masih ingat. Dia bersumpah dengan perjuangan politiknya.Kalau dia kalah pilihan raya (yang juga dihadiahkan kawasan yang sangat

    bahaya), dia akan berhenti politik. Kemudian dia kalah”.

     (Juara:17)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    31/54

    4. P&**"!! Di!&, • S. Othman Kelantan yang berasal daripada Kelantan telah

    memasukkan juga dialek-dialek Kelantan dalam novel ini.

    • Novel ini banyak menceritakan latar tempat di Kelantan dan

     juga selatan Thailand, sempadan Kelantan.

    • Antara dialek seperti penggunaan perkataan pitis, ambo,

     butir, demo dan lain-lain.

    “Apa pun alasan sama saja. Dolah jahat. Dia kalah. Dia membunuh

    Chalet. Dapat balikkah pitisnya?”. Jali agak geram. Matanya berpusing

    di dalam kawahnya agak cepat”.(Juara : 38)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    32/54

    ESTETIKA• Dalam novel ini, S. Othman Kelantan telah menggunakan

     beberapa aspek seni bahasa bagi mengindahkan lagi

    penceritaan beliau terhadap jalan cerita novel Juara.

    •  Jenis satira yang digunakan oleh pengarang ialah satira

     berkias dan ibarat. Hal ini demikian kerana, pengarang banyak mengemukakan kiasan dan ibarat dalam teks yang

    telah dihasilkannya.

    • Terdapat beberapagaya bahasa yang terdapat dalam novel

     Juaraini. Gaya bahasa yang menarik telah digunakan oleh

    pengarang.

    * Satira : Karya atau prosa yang mempersendakan atau menyindir

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    33/54

    1. G!$! B!!-! M&0!3'!• Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007, 85),

    metafora merupakan sejenis gaya bahasa perbandingan yang

     berbentuk tidak terus.

    i. “Dia dipaksa bersabar dalam seluruh kehancuran dadanya”.

    ( Juara : 2)

    ii. “Dia seolah-olah berada dalam satu gua masalahyang sangat hebat”.

     (Juara: 54)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    34/54

    2. G!$! B!!-! P&'-i,!-i• Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007),

    personifikasi merupakan sejenis gaya bahasa perbandinganiaitu penginsanan atau pemberian sifat manusia kepada

     benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa,

    atau idea yang bersifat abstrak.

    i.“Wang itu masih panas dan riang”.(Juara: 3)

    ii.“Sebarisasap tipis menari-naridi atas bibirnya”.(Juara : 41)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    35/54

    /. G!$! B!!-! Si+i&

    • Simile juga dikenali sebagai perumpamaan.

    • Simile merupakan gaya bahasa berbentuk perbandingan

    terus iaitu perbandingan yang membandingkan dua perkara

     yang berbeza tetapi sengaja dianggap sama.

    i.“Di sini manusia murahseperti kapur”.

      (Juara : 9)

    ii. “...Sani yang bertubuhmacam arang...”

      (Juara : 10)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    36/54

    4. G!$! B!!-! Hi%&'!

    • Hiperbola merupakan sejenis gaya bahasa pertentangan yang

    mengandungi kenyataan tentang sesuatu yang dinyatakan

    secara berlebih-lebihan semata-mata untuk mencapai kesan

    tertentu.

    i.“Dia melihat kepada Abang Lazim dibanjiri darah.Tubuh Abang

    Lazim diselimuti seluruhnya dengan darah yang sudah mulai pekat”.

    (Juara : 5)

    ii.“Dua orang anak laki-laki Abang Lazim, membasahi mayatayahnya dengan air mata”.

    (Juara : 6)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    37/54

    5. B!!-! A-i* (B!!-! I**&'i-)

    • Penggunaan bahasa Inggeris tidaklah secara menyeluruh,

    tetapi penggunaannya tetap diselitkan oleh pengarang.

    i. “Di dalam baju dalam Salim terselitbrowning”.

    (Juara : 43)

    ii.“Melihat ke dalambarrelnya”.

     (Juara : 131)

    iii.“Tangannya tetap padatregar senapangnya laras duanya yang

    sudah tetap dan tepat ke arah Pak Isa”.(Juara : 216)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    38/54

    6. G!$! B!!-! E%i3'!

    • Gaya bahasa pengulangan yang mengulang perkataan, frasa,

    dan beberapa kata yang terdapat pada akhir ayat yang

     berturutan.

    i.“Kemudiandilupakan. Dia mati dalam kelupaan, kemudian

    dilupakan. Sama-sama mati dan sama-samadilupakan”.(Juara : 7)

    ii. “Sanitidak tahu. Salimtidak tahu. Mamat sendiritidak tahu.Malah Faisah jugatidak tahu”.

     (Juara : 39)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    39/54

    NILAI ILMU

    DALAMNOVEL ‘JUARA’

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    40/54

    KONSEP NILAI 7

    - D!'!08 ,"!i0i8 +"0" #! 0!'!3 

    KONSEP ILMU 7

    - P&*&0!"!

     JENIS ILMU 7

    - I+" '!-!0

    (0!#!90!#! %!#! +",!8 !#! #! !i9!i"0", +&*&0!"i ,&!,"! !0!" !-i

    -&-&'!*)

    - I+" %&'#","!

    ('!*9'!* $!* +&*"!0i '!* -!,i0!0!" +&+&'i "!0 -&:!'! ,!+%"*)

    (i+" !+%i ;,!0!9,!0! 0&'0&0"

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    41/54

    NILAI ILMU

    ILMUPOLITIK 

    ILMU LAGALEMBU

    ILMUMENGEN

    AILEMBU

    ILMUFIRASAT

    ILMU

    TINGKAHLAKU

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    42/54

    ILMU POLITIK 

    • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), politik

     bermaksud ilmu pengetahuan bukan cara pemerintahan,

    iaitu ilmu pengetahuan mengenai dasar- dasar pemerintahan,

    ilmu sahsiah, ilmu kenegaraan dan sebagainya.

    • Dalam novel Juara karya S Othman Kelantan telah

    menerapkan unsur politik atau ilmu politik di mana, cerita

    tersebut merupakan satu sindiran kepada masyarakat yang

    terjebak atau melibatkan diri mereka dengan politik.

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    43/54

    >ONTOH ?.

    “Mamat masih ingat. Dia bersumpah dengan perjuangan

     politiknya. Kalau dia kalah pilihan raya (yang juga dihadiahkankawasan yang sangat bahaya), dia akan berhenti politik.

    Kemudian dia kalah. Dia pun bersara, setelah dua puluh tahun

    berjuang dalam politik”.

    (Juara, 2005 :17)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    44/54

    ILMU LAGA LEMBU

    • Dalam cerita Juara ini banyak memperihalkan atau

    mengaitkan ilmu laga lembu dengan ilmu politik. Penulis

    cuba mengaitkan ilmu politik dengan lembu di mana ilmu

    laga lembu itu sendiri mempunyai unsur yang tidak baik

    iaitu berkaitan dengan wang dan perjudian.

    • Ilmu laga lembu adalah sangat popular dan mereka yang

    pandai dalam ilmu tersebut akan dipandang tinggi atau

    dihormati oleh masyarakat lain.

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    45/54

    >ONTOH?

    Dia sudah kalah main politik, dia tidak mahu kalah sekali

    lagidalam lapangan yang berlainan ini. Dia bangga dengan

    kemenangannya sebagai pahlawan lembu. Julukan itu tidak ada

    apa-apa hinanya di daerah ini. Nama julukan itu memudahkan dia

    mendapat wang dari mana sahaja. Dari mana sahaja. Bila-bila!

    (Juara, 2005 :30)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    46/54

    • Pelaga lembu ibarat parti politik yang sentiasa menegakkan

    perjuangan dan mempertahankan hak masing-masing dan

    perlawanan laga lembu diibaratkan seperti medan

    pertembungan pemikiran serta percakaran politik yang akhirnya

    kemenangan akan tercapai kepada mereka yang kuat.

    • Seperti mana lembu itu sendiri dan bagaimana strategi yang

    diatur oleh pelaga lembu untuk beroleh kemenangan, maka

     begitu jugalah yang terjadi dalam medan politik.

    • Dalam medan politik, Mamat digambarkan sebagai seorang yang

    tewas sebaliknya dalam medan laga lembu Mamat diletakkan

    sebagai “Juara”.

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    47/54

    ILMU MENGENAI LEMBU

    Novel Juara banyak menceritakan ilmu mengenai lembu dimana masyarakat Melayu atau Kelantan pada masa tersebut

    sangat pandai atau mempunyai ilmu mengenai haiwan

    lembu.

    • Dalam cerita ini, watak utama iaitu Mamat sangat pandai

    dalam ilmu mengenai lembu.

    • Dia dapat mengetahui sama ada lembu tersebut boleh dibawa

    masuk bong untuk bertanding atau pun tidak dan adakah

    lembu itu kuat atau pun tidak.

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    48/54

    >ONTOH?

    “Tanda ini mudah tertipu”, kata Mamat lagi. “kadang-kadang

     pusaran tanda kijang itu dibuat-buat sahaja. Waktu kita

    membeli senang tertipu . pusaran boleh dibuat dengan pelepah

     pisang. Dikerat dan dipolet dua tiga kali. Pusaran kijang itu

    tidak akan hilang dalam sehari dua.”

    (Juara, 2005, 44)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    49/54

    ILMU FIRASAT• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), menyatakan bahawa firasat adalah pengetahuan mengenai tanda-tanda

    pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan

    atau nasib orang.

    • Dalam novel Juara ini, watak utama iaitu Mamat telah

    membuat ramalan mengenai lembu mudanya iaitu Aral.

    • Dia menyatakan bahawa Aral lebih kuat dari lembunya yang

    dulu iaitu Calet.

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    50/54

    >ONTOH?

    “Aral lebih sasa dari Calet kalau diasuh betul.” Mamat

    menegaskannya sungguh-sungguh. Dalam kepalanya segera

    menangkap rupa anak lembu itu. Badannya yang agak

     panjang. Kukunya membelok ke dalam. Alamat tegak tempat

    berdiri dan sukar ditolak oleh lawan. Engguhnya besar dan

    tinggi. Alamat kuat batang lehernya. Lehernya besar. Di atasbelakangnya jalur racik yang halus. Jalur racik ini jarang ada

     pada lembu- lembu adu biasa. Ini alamatnya tidak lari.

    Bengkeng dan payah mengenal gembala kalau marah.

    (Juara, 2005 :42-43)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    51/54

    ILMU TINGKAH LAKU•

     Teori tentang tingkah laku manusia yang dilihat dari sudut baik dan buruknya, sejauh mana yang dapat ditentukan

    akal merupakan ilmu etika. Kata etika berasal daripada kata

    ethos yang bermaksud adat kebiasaan.

    • Berbeza dengan pengertian moral. Moral merupakan

    tindakan manusia yang baik dan wajar, manakala etika pula

    lebih bersifat teori dan lebih menyelidik, memikir dan

    mempertimbangkan tentang yang baik dan yang buruk. Jadi,

    moral ini sebenarnya dibentuk daripada etika yang lahir

    hasil daripada budaya manusia.

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    52/54

    >ONTOH?

    “Abang Lazim berjuang untuk orang-orang yang

    bertaruh dalam perjudian laga lembu”.

    (Juara, 2005, 7)

    “Akan tetapi, apa yang menimpa Mamat sangat berat

    untuk ditolak. Mamat pernah menolongnya. Mamat pernah

    berbuat baik kepadanya”.(Juara, 2005, 33)

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    53/54

    KESIMPULAN•

    S. Othman Kelantan telah memberikan sumbangan yangamat besar dalam bidang penulisan novel tanah air.

    • Dalam karya Juara ini, beliau berani menyelitkan unsur-

    unsur patriotisme selain mengetengahkan latar penceritaan

     yang berlaku di negeri kelahirannya iaitu negeri Kelantan.

    • Oleh itu, kita sewajarnya mencontohi peribadi beliau yang

     bersikap rendah diri dan cintakan tanah air dalam

    kehidupan seharian selain menonjolkan sifat-sifat tersebut

    dalam bidang penulisan kreatif.

  • 8/16/2019 Presentation Karya Moden 'Juara'

    54/54

    RUJUKAN Abu Hassan Abdul. (2013).Seni mengarang. Tanjung Malim: Penerbit Universiti

    Pendidikan Sultan Idris.

     Asmah Haji Omar. (1986).Bahasa dan alam pemikiran Melayu.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

     A.Rahim Abdullah. (1995).Pemikiran sasterawan Nusantara; suatu kajian perbandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Hizari Othman (2000). Adaptasi novel ke filem: Analisis perbandingan antara filem Melayu dan filem barat.Universiti Malaya: Tesis Ijazah SarjanaSastera.

    Mohd Rashid Md. Idris, Abd. Rahman Napiah dan Seri Lanang Jaya.(2014).Karya Agung Melayu. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris : Tanjong Malim

    S. Othman Kelantan. (2005). Juara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.